Wednesday, December 15, 2010

6 Cara Untuk Mengekalkan Tenaga

Salam hari Khamis pada minggu ketiga bulan Disember 2010. Lebih kurang 14 hari lagi kita akan memasuki era tahun baru. Tahun baru yang bakal menjanjikan seribu harapan dan cita-cita kita yang diazamkan pada tahun 2010 semakin dihampiri.

Dalam kita berusaha mencapai matlamat kita kena berkerja. Setiap masa kita berfikir, melakukan aktiviti bekerja dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita akan menggunakan tenaga kita untuk tujuan tersebut. Pada pagi hari, tenaga kita berada pada tahap maksimum, dan menjelang petang aras semakin menyusut. Malah menjelang pukul 7 malam sudah mula keletihan dan mengantuk.

Artikel dalam blog hari ini ingin berkongsi bagaimana untuk mengekalkan tenaga dalam badan agar sentiasa berada dalam tahap maksimum. Setiap minggu selama tujuh hari kita akan mengisi dan menikmati masa sepenuhnya tanpa perlu merasa beban dengan tugasan yang sentiasa mencabar dan bertambah setiap hari.

Langkah 1: Tidur yang mencukupi.
Tidur adalah satu tuntutan fitrah manusia. Tidurlah secukupnya antara 6 hingga 8 jam. Kalau perlu tidur sejenak (30 minit) pada waktu tengah hari untuk merehatkan minda dan badan.

Tidur yang cukup akan memulihkan badan yang kepenatan. Tidur yang mencukupi akan meningkatkan daya fokus, kreativiti dan kemahiran berfikir secara analitis.

Ingat orang yang berjaya bukan memiliki masa yang banyak untuk tidur tetapi berupaya mengamalkan sikap tidur yang mencukupi.

Langkah 2: Merancang Masa Rehat
Berehatlah bila merasakan diri perlu untuk berehat. Ubahlah perhatian kita untuk memantapkan semula fokus selepas ini.

Rehat sebentar selama satu minit adalah amat berfaedah. Kaedahnya dengan memejam mata sambil menarik nafas panjang dan menghembuskan secara lembut dan perlahan-lahan. Sekali sekali lihatkan alam sekitar yang hijau untuk menyegarkan mata kita.

Tumpuan terlalu lama akan mendatangkan kepenatan kepada minda dan badan. Oleh demikian, alihkan perhatian sementara kepada perkara-perkara lain.

Langkah 3: Sentiasa Mengemaskini Senarai semak
Senarai semak yang dimaksudkan ialah senarai perkara yang dirancang untuk dilakukan pada hari ini. Kemaskini sentiasa untuk memberitahu minda kita perkara yang paling penting dan tidak penting.

Kaedah ini akan menjimatkan tenaga tanpa kita bersusah payah untuk mengingati apa perkara yang sudah dilakukan, atau apa tugasan yang perlu diselesaikan. Ianya umpama Personal Assistance (Pembantu Peribadi) untuk memberitahu setiap perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang sudah diambil tindakan.

Langkah 4: Santai dan Senam
Ambil peluang untuk bersantai di Taman Bunga atau tempat yang mendamaikan minda. Berjalan atau jogging akan membantu menguatkan otot kita. Aktiviti mengeluarkan peluh ini akan menguatkan jantung kita. Apabila jantung sihat, semua anggota Insya-Allah akan sama-sama sihat sejahtera dan berfungsi dengan baik.

Kata orang badan sihat minda cergas.

Langkah 5: Menghargai Diri Sendiri
Upah atau beri ganjaran apabila kita selesai melakukan sesuatu tugas. Bentuk upah atau ganjaran bergantung kepada kemampuan, kreativiti dan keadaan semasa.

Contohnya, makan makanan kegemaran seperti ayam penyet. Tengok wayang cerita terkini.

Puji diri sendiri atau kejayaan sendiri. Berkongsi pengalaman manis dengan orang lain. Ini akan dapat menyalurkan aura positif kepada orang lain. Macam iklan pencuci lantai wangi yang dapat dinikmati oleh jiran-jiran sebelah rumah.

Langkah 6: Ingat Allah banyak-banyak dan berdoalah
Solat fardu, solat sunat dan doa banyak secara spesifik dalam BM.

Saturday, December 11, 2010

Division of Labour

Salam pagi Ahad.

Pagi ini sempat menelaah bahan bacaan bertajuk The Wealth of Nation di dalam sub tajuk division of labour. Buku ini adalah sebuah karya Adam Smith, seorang ahli ekonomi terkenal yang telah menghasilkan karya ini pada tahun 1776. Walaupun buku tulisan beliau telah berusia melebihi 200 tahun tetapi terdapat beberapa teori dan konsep ekonomi yang ditulis beliau masih lagi relevan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Antara konsep yang menarik hati saya ialah mengenai konsep division of labour atau pengkhususan dalam pekerjaan. Adam Smith telah membawa satu contoh mudah pengamalan konsep pengkhususan pekerjaan di dalam sebuah kilang membuat pin. Untuk membuat satu biji pin telah melibatkan beberapa orang. Proses bermula dari menarik wayar, memotong, menyambung dengan kepala pin dan sebagainya.

Dalam contoh yang lain pula, dalam konteks penghasilan sehelai baju, untuk menghasilan sehelai kain, benang telah ditenun, kemudian kain yang siap dipotong mengikut reka bentuk tertentu. Kemudian dijahit dan dicantum setiap bahagian. Baju yang telah siap diseterika, dibungkus dalam kilang dan dihantar ke setiap kedai-kedai baju. Kita sebagai pengguna hanya menggunakan duit atau wang mendapakan baju tersebut tanpa bersusah payah untuk menghasilkan kain dari benang dan terlibat dalam proses mereka bentuk dan menjahit pakaian sendiri.

Oleh demikian, pengkhususan kerja akan menyenangkan kehidupan harian kita dan dapat menjimatkan masa kita.

Wednesday, November 17, 2010

Menyuburkan Ekonomi Islam

Salam Hari Tasyrik yang bermula hari ini dan berakhir pada Asar Sabtu ini. Dengan adanya kelapangan kelak dapat beramai-ramai membaca takbir raya di rumah-rumah selepas menunaikan ibadah solat fardu dan ibadah yang lain.

Hari ini ingin pula untuk menulis tajuk menyuburkan ekonomi Islam. Berdasarkan pendapat penulis salah satu cara untuk menyuburkan perkembangan ekonomi Islam ialah dengan memahami konsep tolong menolong.

Konsep tolong menolong merupakan cabang utama yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan. Konsep ini perlu diamalkan pada hari ini dan tidak semata-mata menjadi retorik dalam perbualan dan perbincangan kita. Maksud saya, tolong menolong tanpa bersyarat. Contohnya, sekiranya aku sudah kaya kelak, aku berazam untuk menolong orang miskin.

Tolong menolong boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tanpa perlu modal yang besar. Tidak semestinya melibatkan wang ratusan ringgit. Mungkin seringgit dua atau sepuluh ringgit adalah memadai, termasuk segala kemampuan kita.

Contoh situasi tolong menolong yang boleh diamalkan ialah membeli produk buatan orang kita atau lebih spesifik dihasilkan oleh masyarakat Islam. Dengan membeli produk mereka, ianya akan dapat menjana pendapatan kepada peniaga tersebut, pekerjanya mendapat gaji, pembekal dapat meng'clear' stok dapat dapat membeli stok baru. Keuntungan dapat digunakan untuk membayar zakat. Asnaf yang layak menerima zakat layak untuk menikmati bayaran zakat sekaligus meringankan beban kehidupan mereka.

Pendek kata, tolong menolong akan dapat mewujudkan kesejahteraan hidup semua masyarakat. Marilah kita mengambil kata-kata Saidina Ali r.a. 'Sekiranya kekayaan dikuasai oleh segolongan kaum maka saksikan kehancurannya'.

Kita tidak mahu golongan yang tidak berkemampuan terpaksa menjadi penjenayah semata-mata untuk mengisi perut mereka dan mereka yang dibawah tanggung jawabnya. Dengan kemakmuran ekonomi yang dinikmati oleh ramai orang maka masyarakat kita akan aman damai.

Selamat berfikir, dan mulakan amalan ini di kalangan ahli keluarga kita.

Monday, November 15, 2010

Hari Raya Qurban

Syukur alhamdulillah,

Esok kita di Malaysia akan merayakan Hari Raya Qurban.

Semalam, di Padang Arafah, umat Islam telah menjalankan ibadah wuquf yang merupakan salah satu rukun Haji.

Mari ramai-ramai ke surau dan masjid untuk menunaikan solat sunai Hari Raya Aidiladha dan mendengar khutbah hari raya.

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan pengajaran dari sambutan Hari Raya Qurban kali ini.

Sunday, November 14, 2010

Membaca Sirah Nabawiyyah

Berdasarkan buku yang dihasilkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat menyarankan agar kita meluangkan masa sedikit setiap hari untuk membaca dan memahami teladan dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Antara kelebihan membaca dan memahami sirah Rasulullah s.a.w. ialah membolehkan kita untuk memahami Al-Quran dengan lebih mendalam. Ini disebabkan Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan sebuah al-Quran yang bergerak.

Semua perbuatan, percakapan, gerak dan diam, cara berjalan, cara makan Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh teladan dan akhlak terbaik kepada semua Umat manusia seluruh alam.

Insya-Allah dengan meluang sedikit masa setiap hari akan menjadikan buku setebal lebih kurang 500 ms akan dapat dihabiskan dalam tempoh 2 minggu.

Sampaikan Ilmu Walaupun Satu Ayat

Salam, syukur kepada Allah swt kerana kita berpeluang untuk berinteraksi dalam perkongsian ilmu dan amal.

Menyampaikan ilmu. Amat mudah dan murah. Mengajar ABC atau 123 dan Alif Ba Ta untuk membolehkan anak kita mengenal huruf-huruf adalah suatu ilmu yang amat bermanfaat kepada mereka.

Begitu juga dalam mencari ilmu. Merenung, mendengar ceramah atau kuliah dan juga membaca antara proses mencari ilmu. Ilmu ini akan bermanfaat jika dapat meningkatkan lagi kefahaman dan membantu meningkatkan lagi kualiti kehidupan kita.

Thursday, November 11, 2010

Salurkan RM10 Kepada Akaun Anak Anda

Anak adalah permata hati. Segala-galanya dicurahkan demi kasih dan sayang kita kepada mereka. Ini termasuk menyediakan persediaan kewangan kepada mereka.

Memandangkan pendidikan anak-anak adalah suatu komoditi yang amat berharga maka kita perlu membuat persediaan awal iaitu membuat tabungan kewangan untuk keperluan menbiayai pendidikan mereka kelak.

Bagi saya, antara langkah awal ialah membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Lepas itu daftar dalam bahagian bill payment dalam maybank2u.com. Selepas hari gaji salurkan setiap RM10 kepada anak-anak. Jumlah setahun sudah tentu genap RM120. Amat mudah dan tidak membebankan.

Berbanding jika kita terpaksa menyimpan dalam jumlah yang besar, sudah tentu membebankan.
Ingat, menyimpan dalam tabung pendidikan anak-anak juga merupakan satu sedekah dan jika diamalkan dengan ikhlas akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Ianya juga satu Qardu Hassan iaitu pinjaman untuk mendapat keredaan dari Allah s.w.t tanpa mengharap balasan daripada anak-anak kita.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.........

Menunaikan Ibadah Haji

Ibadah haji merupakan salah satu ibadah yang amat dituntut oleh ajaran agama Islam dan menjadi kewajiban kepada sesiapa yang mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit, masa dan tenaga.

Ayuh, mari kita berhenti untuk merenung dan berfikir sejenak. Adakah kita termasuk golongan orang-orang yang mempunyai kemampuan? Jika ya, sudah tentu kita adalah orang-orang yang amat beruntung. Dalam berjuta-juta umat Islam seluruh dunia berapa peratuskah yang berpeluang untuk menunaikan ibadah haji walaupun untuk sekali dalam seumur hidup.

Langkah pertama menuju destinasi untuk tunaikan ibadah haji ialah dengan menetapkan niat dan azam dalam fikiran. Mulakan tekad pada hari ini. Mudah-mudahan ianya akan menggerakkan seluruh diri kita (jasmani dan rohani) untuk berkerja keras seperti membuat tabungan, tidak membazir ataupun mencari kerja sampingan untuk menambah tabungan sedia ada.

Bagi yang belum membuka akaun di Tabung Haji, inilah masanya untuk kita mengorak langkah. Hanya dengan bermodal RM20 pergilah ke mana-mana cawangan Bank Tabung Haji untuk membuka akaun sendiri, isteri dan anak-anak. Jika setiap akaun sudah cukup RM1,310.00 maka anda dan keluarga sudah layak untuk membuat pendaftaran. Tip Hebat, daftar segera... mudah-mudahan tahun dijangka untuk dijadualkan ke tanah suci tidak terlalu jauh.

Bakal-bakal haji yang tidak sabar untuk ke Tanah Suci boleh membuat rayuan kepada pihak pengurusan Tabung Haji. Sememangnya semasa kita mempunyai wang ringgit yang cukup, badan masih sihat dan kuat adalah waktu paling afdal untuk ke Tanah Suci.

Lepas mendaftar biasakanlah membuka buku-buku persediaan untuk ibadah haji agar hati sentiasa teringat akan azam dan tekad kita. Mudah-mudahan cepat belajar dan diatas keyakinan diri akan menjadi pendorong kuat untuk menunaikan ibadah haji ini pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Wednesday, November 10, 2010

Kelebihan Berdampingan Dengan Al-Quran

Salam sejahtera dan syukur kehadirat Allah s.w.t yang memberi peluang untuk kita menambah lagi amal kebajikan.

Ketika ini umat Islam tertumpu kepada pelaksanaan ibadah haji di Mekah. Ramai juga di kalangan sahabat handai dan kaum keluarga yang berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Mudah-mudahan ibadah haji mereka mendapat haji mabrur dan diterima oleh Allah s.w.t

Hari ini ingin berkongsi sedikit ilmu hasil perbincangan dengan sahabat pada pagi ini. Ilmu yang sedikit jika kita berkongsi dengan orang lain akan mengembangkan lagi ilmu dalam dada sendiri dan meningkatkan lagi pemahaman dan penghayatan.

Kisah bermula begini, andaikata sahabat kita tadi berjaya menghasilkan sebuah buku cerita yang menarik dan setelah diterbitkan atau dicetak, buku tadi diedar kepada beberapa kenalan dan dibeli oleh pencinta buku yang lain. Setelah memakan masa beberapa hari membacanya sahabat kita tadi mendapat beberapa maklumbalas dari para pembaca dan peminat mengatakan buku ini adalah hasil karya yang bermutu dan terbaik. Banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar. Selain itu, banyak lagi pujian dan kata-kata yang memberangsangkan di tulis diruangan akhbar, blog, facebook dan sebagainya.

Saya boleh simpulkan, sahabat kita tadi selaku penulis merasa amat bangga dan kasih terhadap penulis yang menghargai sumbangan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan atau pengajaran yang amat berguna.

Berbalik kepada persoalan utama iaitu berkenaan penciptaan Al-Quran oleh Allah s.w.t
Al-Quran merupakan kitab yang terbaik yang pernah diturunkan oleh Allah melalui wahyu kepada Rasulullah saw. Kitab ini mengandungi banyak pengajaran dan peringatan yang amat berguna sebagai panduan hidup seluruh umat manusia.

Pada kita setiap hari membaca dan meneliti Al-Quran dan memahami maksudnya, sudah tentu banyak pengajaran, peringatan dan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh kita. Lantas hati kecil kita mengakui dan memuji kehebatan isi kandungan al-Quran dan memuji-muji Maha Penciptanya.

Perlakuan kita yang membaca Al-Quran pada setiap masa akan mengeratkan hubungan kita dengan Allah s.w.t seperti hubungan seorang peminat dengan orang yang diminatinya (penulis buku hebat/ terlaris). Hubungan kita sesama manusia mungkin terhad hanya menikmati hasil karya yang terbatas nilai pengajaran, akan tetapi nikmat kita berhubung dengan Allah s.w.t amat tidak ternilai dan menjadikan diri kita sentiasa dalam perlindungan, perhatian, kasih sayang dan sebagainya. Semakin rapat kita dengan Allah swt maka semakin bertambah iman dan kemanisan dalam beribadah.

Sehubungan itu, perhatian setiap masa kita. Biarlah masa kita dapat diisi dan dibahagi dengan seimbang. Jika kita mampu menghabiskan masa membaca buku-buku lain selama berjam-jam, marilah peruntukan masa 30 minit atau lebih untuk membaca Al-Quran dan memahami isinya, walaupun satu ayat.

Sekian, mudahan sama-sama menikmati pengajaran.

Sunday, November 7, 2010

Roda Kehidupan

Jika roda diibaratkan seperti sisi kehiduan, hari ini merupakan sisi yang amat mencabar dalam kehidupan. Dalam erti kehidupan sebenar sisi kehidupan ini adalah memerlukan kesabaran dan pemikiran yang jelas agar setiap keputusan dan tindakan yang diambil akan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Jika kita mengimbas kembali di dada akhbar atau siaran yang tersiar di kaca tv, sememangnya sisi-sisi roda kehidupan yang menggambarkan kepayahan dan masalah masyarakat sering digembar-gemburkan menjadi isu berita yang menarik. Secara sepintas lalu mungkin perkara ini amat jauh untuk dihadapi oleh kita atau mungkin kita akan bertindak sedemikian rupa jika berada dalam keadaan yang terdesak.

Sekarang kita berada di atas roda kehidupan yang sama. Kami telah membuat sesi brainstroming semalam ketika mencicip air kopi kegemaran bersama hidangan kek sedap. Roda kehidupan ini perlu ditolak agar sisi kehidupan yang lama ini bergolek dan mencari sisi kehidupan yang lain yang lebih bahagia.

Friday, November 5, 2010

How To Be A Good Writer

Assalamualaikum everybody,

Today i would like to share to all reader how to be a good writer. This article i pick from NST a week ago and hopefully it can guide us how to improve our writing skills.

1. Write a lot every day. You may prefer to write in long or short session. For example, just write short paragraph or an entire page.

2. Read all sorts of things. This activities for long run will influence your style, tastes, background and ideas. Its also help to expand vocabulary and improve our grammar.

3. Expand your vocabulary. Use new words regularly.

4. Use good grammar.

5. Brainstorm before starting to write. Focus in writing and begin with main idea.

6. Plan your writing.

7. Edit your writing once you have a first draft.

And the most important things YOU MUST WRITE NOW!!!

Monday, November 1, 2010

Makna Kehidupan

Salah satu tanggung jawab kita adalah mencari apakah makna kehidupan. Dalam erti kata lain kita perlu menetapkan tujuan hidup kita. Maka kita perlu menetapkan apakah matlamat yang hendak dicapai dan sebuah kehidupan sehingga ke akhir hayat.

Berbeza dengan kehidupan yang kita layari tanpa matlamat, ibarat nakhoda kecewa yang membawa bahtera tanpa arah tujuan merentas lautan yang tidak bertepian. Akhirnya kapal akan musnah lantaran kehabisan bekal makanan dan anak-anak kapal akan kehilangan semangat juang dan mula memberontak.

Matlamat yang jelas adalah satu cita-cita yang akhirnya akan dapat dicapai. Matlamat jelas mempunyai satu pencapaian yang spesifik dan menetapkan masa, kos dan sumber yang perlu untuk mencapainya. Seorang pembuat kuih mempunyai matlamat yang jelas apabila beliau ingin menjual sebanyak 200 biji kuih pada setiap pagi untuk mendapatkan pendapatan harian yang mencukupi untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Seorang jurutera bangunan mempunyai cita-cita jelas apabila dia berazam untuk menyiapkan sebuah bangunan dalam tempoh 5 bulan. Para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM mempunyai satu azam yang jelas jika membuat persediaan rapi selama sepuluh bulan bagi menghadapi peperiksaan. Apabila dihari peperiksaan mereka mudah untuk menjawab soalan dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Bayangkan sebuah kehidupan tanpa matlamat. Sudah tentu sentiasa dalam kerugian. Setiap hari masa, tenaga dan sumber habis berlalu dan digunakan dengan sia-sia tanpa mencapai sesuatu yang bermakna.

Kehidupan seperti duduk bercakap-cakap atau lepak di bangku di pasaraya tanpa ada tujuan tertentu merupakan suatu pembaziran masa dan tenaga. Sekiranya masa digunakan selama 3 jam atau lebih, selama itulah segala peluang dan ruang terlepas begitu sahaja.

Sebagai seorang peniaga kuih masa tiga jam boleh menjana pendapatan berpuluh-puluh ringgit. Seorang jurutera boleh meninjau bangunan yang sedang dalam pembinaan dan mungkin dapat mengenalpasti terlebih awal apakah kerja-kerja yang perlu diperbaiki atau dipertingkatkan. Manakala bagi seorang pelajar masa selama 3 jam adalah kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran yang bakal dapat menaikkan gred markah dalam peperiksaan.

Jadi pada hari ini marilah kita mengimbas kembali apakah matlamat yang sudah dicapai oleh kita pada hari semalam. Selepas itu, tetapkan matlamat untuk hari ini, esok, sebulan akan datang dan sebagainya.

Sunday, September 19, 2010

Bayaran Balik PTPTN

Salam sejahtera dan Salam Syawal.

Hari ini masuk hari ke-11 umat Islam menyambut Hari Raya atau Syawal. Hari ini juga merupakan hari pertama bekerja setelah cuti panjang selama seminggu. Hari ini juga penulis kepingin untuk menjenguk laman blog dan menulis sekitar isu-isu yang berlaku disekeliling.

Hari ini ketika membaca akhbar utusan Malaysia online, penulis tertarik dengan satu artikel mengenai tindakan kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi membenarkan badan yang bertanggung jawab terhadap pengurusan Tabung PTPTN untuk memunggut semula hutang peminjan yang degil membayar balik pinjaman secara potongan gaji. Kaedah ini dijangka akan dikuatkuasa bermula Jun 2011.

Bagi penulis kedegilan para peminjam untuk membayar balik pinjaman kepada tabung ini merupakan satu masalah besar kepada pihak kerajaan. Wang pinjaman ini sepatutnya dapat digunakan untuk pelajar-pelajar seterusnya yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Oleh demikian, langkah potongan gaji sebagai kaedah bayaran balik amat dialu-alukan agar dana tabungan dapat dikumpul semula.

Kepada pasangan ibu bapa muda, simpanan wang untuk pelajaran anak-anak masa hadapan adalah amat perlu memandangkan keupayaan sendiri akan menjadikan beban kewangan keluarga dapat dikurangkan ketika anak melanjutkan pelajaran kelak. Pinjaman pengajian seperti PTPTN adalah sebagai langkah pilihan kerana kita tidak mahu anak-anak terpaksa memikul beban hutang ketika umur muda. Tetapi ini adalah pilihan, sekiranya kita ingin menikmati masa hadapan tanpa beban hutang dan hidup secara lebih berdikari akan menjadikan pelajar tersebut lebih tenang untuk menghadapi saat-saat sukar menempuh sesi pembelajaran tanpa tekanan untuk membayar hutang selepas tamat belajar.

Hari ini sungguh banyak kaedah simpanan yang boleh kita ikut seperti Tabungan Insuran yang dikelola oleh pihak Takaful dan juga penyedia kemudahan insurans yang lain.

Tuesday, August 3, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Untuk renungan & iktibar kita bersama.

Renung-renungkan

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak
kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajah anak itu bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sebujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam

Sunday, August 1, 2010

Give the Best Education for Our Kids

In the future the employer will only hired potential employee who make a better result in the academics. With these good and high qualification worker the employees will not hesitate to pays high salaries.

Today, the business organization was keep on transforming and equip with modern and sophistication tool to enable them for competitive advantage. Only the good and competent workers will able to handle and utilize the high-technology equipments and make a huge profits for organizations as a return.

Due to these requirement we as a parents should get ready to provide best education for our kids. Our children need to learn on science and technology subjects as well as able to master thinking process such as analytical, creative and critical skills.

Tidur Yang Mencukupi Demi Kesihatan Diri

Salam ceria dan sejahtera. Lebih kurang satu minggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan al-Mubarak. Saat ini ditunggu oleh semua insan yang ingin merebut kelebihan dan keistimewaan yang terkandung dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat ini.

Dalam menjalani ibadah puasa kelak satu persoalan yang muncul di minda penulis adalah berkenaan tidur yang mencukupi. Berdasarkan penemuan sains yang pernah dibaca tidur yang mencukupi ialah sekitar enam hingga lapan jam sehari.

Tidur yang kurang dari tempoh tersebut atau tidur secara berlebihan bagi golongan dewasa sebenarnya tidak digalakkan. Sekiranya diamalkan dalam tempoh jangka masa panjang dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan diri.

Tidur sekejap pada sebelah tengahari adalah baik untuk kesegaran tubuh badan setelah bekerja separuh hari. Kesegaran ini bukan sahaja penting untuk minda tetapi akan membantu kepada sesiapa yang berhajat melakukan qiammullai pada separuh ketiga malam (dari jam 3 pagi hingga subuh).

Jadi amalan terbaik ialah tidurlah seawal jam 10.oo malam untuk membolehkan bangun sekitar 5.00 pagi. Sebelah petang jika ada kesempatan tidurlah pada jam 1.00 tengahari hingga 1.30 tengahari. Sekiranya sibuk memadailah mengamal tidur sebelah malam.

Satu fakta yang perlu diberi perhatian ialah tidur sekejap-sekejap pada sebelah siang adalah tidak digalakan kerana dikhuatiri menggangu sistem imunasi badan. Oleh demikian, tidurlah sekali walaupun hanya sebentar untuk kesihatan tubuh badan.

Satu lagi yang maha penting ialah konsisten dalam melakukan sesuatu adalah lebih baik untuk kecemerlangan diri. Tidurlah pada waktu ditetapkan dan bangun apabila fasa tidur (rehat) adalah mencukupi. Pembaziran adalah satu kerugian dan gunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Kepada ulat-ulat buku, masa senggang adalah sangat berharga untuk diisi dengan membaca, tetapi awas tidur mencukupi satu tuntutan semulajadi yang perlu dipenuhi untuk membolehkan kita menikmati bahan bacaan yang berkualiti pada hari-hari seterusnya. Sekian, selamat mencuba.

Thursday, July 29, 2010

Ilham dari Persekitaran Kita

Saya merupakan seorang yang suka menghabiskan masa-masa sengang ketika cuti hujung minggu atau cuti umum untuk membaca. Purata sebuah buku boleh dihabiskan dalam masa satu minggu. Kadang kala sempat juga membaca pada waktu rehat sebelah tengah hari atau sebelah malam untuk menyambung bahan bacaan yang sememangnya menarik dan mengujakan.

Sebenarnya terlalu banyak membaca tanpa mengaplikasikannya akan menjadi minda kita pasif atau dorman. Sehubungan itu, dengan banyak menulis dan memerhatikan alam sekeliling akan mengembangkan lagi kemahiran berfikir kita.

Apabila terbaca blog tulisan isteri saya mengenai penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh anak kedua kami mengenai mengunci pintu dari luar dan mencampakkan kunci ke dalam merupakan satu idea yang menarik, segar dan penuh kreativiti. Sememangnya anak-anak dilingkungi oleh banyak imaginasi dalam kehidupan mereka.

Untuk makluman, anak kedua kami amat lambat menguasai kemahiran membaca. Akan tetapi satu kebolehan yang dapat diperhatikan ialah kemampuan membuat cerita yang berasal dari kepala sendiri (unconscious self-cognitive process) atau cerita-cerita yang disambung dari hasil mendengar percakapan orang lain atau melalui tontonan siri televisyen.

Berdasarkan pendapat peribadi saya kemahiran ini adalah berpunca dari penghayatan kepada unsur-unsur yang berada disekeliling kita seperti manusia yang bergerak, kucing meminta makanan, adik yang ketawa, kedudukan kerusi dan meja, malah kenderaan yang sedang parking. Semua unsur ini akan bergabung dengan pengalaman atau kemahiran lepas yang pernah dipelajari dan dikuasai.

Sebab itulah idea mengunci dari luar dan menyerahkan anak kunci melalui tingkat merupakan satu idea yang spontan. Pendek kata, kadar kemahiran berdikari atau survival amat tinggi. Dalam sesetengah situasi apabila berlaku satu kerumitan atau masalah yang perlu diselesaikan segera sedangkan masalah tersebut jarang berlaku atau benda baru idea spontan amat diperlukan.

Sehubungan itu, salah satu pelaburan ke atas aset yang berharga ini ialah dengan menyediakan permainan penyelesaian masalah seperti lego untuk meransang minda anak-anak untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Seseungguhnya pelaburan ke atas pelajaran anak-anak merupakan pelaburan yang amat berharga.

Wednesday, July 28, 2010

Manusia Adalah Aset

Salam sejahtera dan selamat pagi. Sudah lama juga tidak menulis lantaran kesibukan kerja dan mesyuarat yang berlarutan selama dua minggu. Hari ini merupakan hari terakhir mesyuarat belanjawan untuk pembangunan. Macam-macam pengalaman dan pelajaran yang diperoleh ketika mengikuti sesi mesyuarat yang lama seumpama ini.

Ketika menyemak email pagi ini saya telah terbaca satu posting menarik dari teman dari goodreads yang menyentuh mengenai sebuah buku bertajuk Bagaimana Menyentuh Hati, karya Abbas as-Siisiy. Salah satu ulasan pembaca tersebut adalah Manusia adalah aset dan bukan beban kepada kita. Ya memang tepat sekali manusia adalah aset yang amat berharga kepada kehidupan sebuah masyarakat kita. Untuk menjadikan aset (baca : manusia) kita perlu membuat sedikit pelaburan ke atas mereka. Sebagai cont0h memberi pendidikan sewajarnya, seperti dalam bidang akademik. Dengan ilmu pengetahuan ini akan menjadikan mereka pandai dan mampu berdikari serta menyumbang kepada kehidupan diri sendiri dan masyarakat lain amnya.

Dalam konteks sebuah keluarga, usahlah kita menganggap sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai sebagai satu beban seperti beban untuk memberi makan, memberi sekolah, membeli pakaian dan sebagainya. Akan tetapi jika dengan perancangan dan pengurusan sumber kewangan yang betul sumber yang terhad insya-Allah akan sentiasa mencukupi.

Saya datang dari keluarga yang sederhana dan mempunyai adik beradik seramai 8 orang. Walaupun hanya seorang ketua keluarga yang bernama ayah yang bekerja untuk mencari sumber kewangan dan dibantu pengurusan oleh seorang ibu, kami memperoleh segalanya seperti pakaian, makanan dan mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.

Menurut ibu, pelajaran adalah aset yang berharga yang perlu dimiliki untuk bekalan dalam kehidupan pada masa depan. Aset ini amat berharga kerana dengan memiliki ilmu yang mencukupi akan dapat mengeluarkan diri dari garis kemiskinan, dan juga akan membolehkan kita meneroka apa sahaja peluang-peluang yang tersedia di dunia realiti seperti pekerjaan, perniagaan, dakwah dan sebagainya.

Sebab itulah anggaplah setiap manusia yang kita jumpa adalah aset walaupun kita tidak menyukainya. Manalah tahu satu hari nanti apabila kita melabur ke atas aset ini ianya akan dapat membantu bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada masyarakat lain secara amnya.

Jadi bagaimana hendak bermulanya sebuah pelaburan? Mulakan dengan memberi sebuah buku untuk membolehkan mereka meneroka ilmu pengetahuan walaupun buku itu sebenarnya mengajar mengenal 1, 2, 3 dan juga A. B dan C.

Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Sebuah Kejohanan Besar

Berakhir sudah penantian siapakan juara Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan. Kejayaan manis pasukan Sepanyol menewaskan Belanda dengan kemenangan tipis adalah hasil kerja keras dan kerja berpasukan yang patut dicontohi oleh mana-mana negara termasuk Malaysia. Bilakah lagi kita akan menyaksikan pasukan negara untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia. Mungkin empat tahun akan datang di Brazil, dan marilah kita tunggu kemunculan pemain muda bertaraf antarabangsa.

Dan satu lagi apa yang menarik untuk difikirkan ialah kemampuan sebuah negara di benua Afrika untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang besar seumpama ini. Sudah tentu persoalan seperti logistik, keselamatan dan sebagainya menjadi tanda tanya apabila FIFA mengambil keputusan untuk menganugerahkan hak penganjuran kepada Afrika Selatan suatu ketika dahulu. Namun apa yang kita lihat segala perlawanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang cacat cela yang boleh menjejaskan imej pihak penganjur.

Kejohanan besar seumpama ini sudah tentu melonjak pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negara Afrika Selatan untuk tempoh enam hingga 12 bulan. Pertambahan permintaan terhadap sektor pengangkutan, perhotelan dan makanan telah berjaya membawa pengaliran masuk wang mata asing ke negara Afrika Selatan. Sebelum ini, pembinaan kemudahan dan prasarana seperti stadium turut mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan. Hal ini sudah tentu mampu mendatangkan kesan berganda (multiply effect) kepada ekonomi Afrika Selatan.

Berdasarkan kepada pencapaian yang telah diperoleh negara Afrika Selatan itu, maka ramai pemimpin dunia dan peminat bola sepat berusaha untuk melobi bagi mendapatkan hak penganjuran pertandingan yang berpestij ini. Bagi negara Brazil, penganjuran pertandingan buat kali kedua selepas era 1960an dahulu akan membayangkan kepada usaha berganda negara itu untuk menjadikan sukan bola sepak sebagai sumber pendapatan utama negara itu.

Negara Brazil boleh diumpamakan sebagai sebuah kilang yang mampu untuk melatih dan melahirkan beribu-ribu pemain muda yang berbakat. Jika kita lihat sebahagian pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi bermain di kelab-kelab bolasepak ternama di Eropah seperti Real Madrid, Seville, Barcelona, Manchester United dan sebagainya. Malah bola sepak diibaratkan sebagai satu agama bagi rakyat di Brazil. Mereka menganggap hidup tanpa bermakna tanpa bola sepak. Pendek kata tidur mimpi bola sepak, jaga asyik terkenang bola sepak.

Sunday, July 11, 2010

Sepanyol Juara

Sepanyol mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang Piala Dunia 2010 di Bumi Afrika Selatan buat pertama kali. Pasukan tersebut berjaya mengalahkan pasukan Belanda dengan kemenangan tipis 1-0. Gol telah dijaringkan oleh Andrei Inesta pada masa tambahan kedua.

Perlawanan yang mendebarkan ini terpaksa berlangsung pada masa tambahan apabila kedua-dua pasukan masing-masing terikat tanpa jaringan selepas perlawanan 90 minit. Kelebihan kepada Sepanyol menjelma apabila seorang pemain Belanda John Hetingga dibuang padang. Kejayaan ini amat bermakna kepada Sepanyol kerana mereka berjaya mengulangi kecemerlangan selepas berjaya dalam Piala Eropah pada tahun 2008.

Friday, July 9, 2010

Misi Mencipta Sejarah Dunia

Malam ini akan berlangsung perlawanan untuk menentukan tempat ketiga dan keempat dalam kempen Piala Dunia Afrika 2010. Pertemuan pasukan German dan Uruguay merupakan perlawanan ke-63 dan menyaksikan pertembungan satu-satunya wakil dari Benua Afrika Selatan setelah pasukan pilihan ramai Brazil dan Argentina tersingkir awal pada pusingan suku akhir.

Pertemuan ini dijangka mempamerkan aksi hebat dengan pasukan masing-masing menyandarkan kepada pemain penyerang seperti Klose, Podolski dan Floran. Bagi pendapat penulis, pasukan yang bakal memenangi perlawanan ini ialah German dengan jaringan gol 4 berbalas 1.

Bagi perlawanan akhir menemukan pasukan Sepanyol dan Belanda pula, ianya akan melakarkan satu lagi sejarah keunikan bola sepak Piala Dunia edisi Afrika Selatan 2010, kerana mana-mana pasukan yang bakal menjulang Piala Dunia merupakan juara buat kali pertama.

Pasukan Brazil setakat ini berjaya menjadi juara sebanyak 5 kali, Itali 4 kali, German, 3 kali, Argentina 2 kali, Uruguay 2 kali, England 1 kali dan Perancis 1 kali. Tetapi dalam perlawanan akhir kali ini, penulis optimis Sepanyol bakal menjadi juara.

Thursday, July 8, 2010

Kisah Motivasi dari Afrika Selatan

Saya pernah membaca sebuah kisah motivasi mengenai kemasyhuran seorang raja yang kaya raya dan memiliki harta yang bertimbun-timbun tidak terkira hitungnya terletak di timur dan barat. Satu hari raja tersebut bertanya kepada memanda menterinya bagaimanakan baginda dapat menggunakan hartanya untuk kebajikan para rakyatnya.

Tanpa membuang masa dan melakukan sesi cambah fikiran (brainstorming) yang memeningkan kepala bendahara telah memberi idea yang sangat bernas kepada baginda raja. "Ampun tuanku beribu-ribu kali ampun, patik ada mempunyai satu cadangan. Harap tuanku sudi mendengar dan membuat pertimbangan. Adapun cadangan patik ialah agar diadakan satu pertandingan untuk mencari seorang pemuda yang paling berani sekali untuk menyeberangi sungai yang penuh dengan bintang yang buas-buas belaka. Pemuda yang sanggup menggalas cabaran berenang merentas sungai tersebut tuanku hadiahkan sebanyak mana harta dan persalinan yang tuanku persetujui".

Tuanku amat tertarik dan bersetuju dengan cadangan memanda menterinya. Serta merta baginda menitahkan bendehara untuk mengeluarkan warta kepada seluruh rakyat jelata tentang peraduan tersebut. Amat berbesar hati baginda kerana memiliki memanda menteri yang cepat berfikir dan cerdik seperti itu.

Telah tiba hari yang dijanjikan maka berkumpullah segala rakyat jelata di tebing sebuah sungai yang terkenal dengan penuh segala binatang bisa dan buas. Maka bertitahlah raja mengumumkan sesiapa yang berani menyahut cabaran baginda akan mendapat ganjaran yang lumayan. Semua tertarik dan terpegun seketika dengan tawaran harta, tanah yang luas, emas, berlian dan segalanya. Akan tetapi tiada sesiapa yang berani untuk tampil ke hadapan.

Setelah menunggu hampir setengah jam, raja mula membuat tawaran tambahan sesiapa yang berani mencuba akan dijadikan menantu baginda dan akan dikahwinkan seorang puteri yang cantik jelita. Majlis pernikahan akan diadakan selama sebulan dan dibiayai sepenuhnya oleh raja. Suasana sekitar tebing sungai menjadi hiruk pikuk dengan suara manusia yang mengulas dan memuji-muji kesungguhan raja untuk mencari calon menantunya yang paling berani.

DEBBUS...........Tiba-tiba suasana ditebing kecoh dengan kelibat seorang pemuda yang terjun dan mula berenang ke arah tebing yang satu lagi. Semua penonton bertepuk tangan untuk memberi
dorongan dan semangat. "Cepat...cepat... kalau tidak engkau akan dibaham sang buaya, "teriak para penonton. Maka dipendekkan cerita berjayalah pemuda tersebut berenang sehingga sampai ke seberang dengan baju dan seluarnya koyak rabak. Mujurlah dia masih selamat dan tidak tercedera sedikit pun.

Raja amat bangga apabila ada di kalangan rakyatnya yang berani menyahut cabaran. Tanpa berlengah-lengah baginda turun dari takhtanya untuk melihat sendiri keadaan pemuda tersebut.

"Tahniah nak... beta amat gembira tuan hamba selamat. Beritahu beta apakah rahsia yang mendorong tuan hamba untuk menyahut cabaran, "titiah raja. Pemuda tersebut terpingga-pingga dengan soalan raja yang tidak difahaminya itu. Cuma difikirkan oleh pemuda tersebut adalah satu sahaja. Bukan tawaran harta yang lumayan atau puteri raja yang jelita. Dengan perasaan yang marah pemuda tersebut mahu tahu siapa yang menolaknya ke dalam sungai itu. "Beritahu hamba, siapa yang tolak hamba ke dalam sungai itu, "teriak pemuda tersebut.

Berbeza pula kisah sempena Piala Dunia Afrika Selatan. Pada penghujung minggu ini akan berlangsung pertandingan akhir Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol. Untuk mendapat satu tiket menyaksikan perlawan akhir, sebuah penganjur tempatan telah menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat sesuatu pekerjaan yang menarik perhatian para juri.

Maka seorang pemuda telah menyahut cabaran dengan berenang di sebuah sungai yang terkenal dengan didiami oleh buaya yang ganas. Pemuda tadi ditemani isteri dan adiknya yang membawa senapang patah untuk menghadapi sebarang kemungkinan di serang reptilia tersebut. Ternyata nasib menyebelahi pemuda tersebut apabila terselamat dan buaya ganas tidak keluar waktu beliau sedang berenang sepanjang 60 meter.

Mujurlah pemuda-pemuda yang saya kisahkan di atas selamat. Pengajarannya kadang-kadang kita perlu ada faktor penolak untuk mendorong kita lebih berjaya.

Wednesday, July 7, 2010

Sepanyol Layak Ke Akhir

Akhirnya penantian selama ini telah membuahkan hasil. Begitulah nasib yang menyebelahi pasukan Sepanyol apabila berjaya menewaskan pasukan bimbingan Joachim Loew dengan kemenangan tipis 1-0. Gol pada lewat separuh masa kedua jaringan Fuyol dengan tandukan cantik telah melenyapkan impian pasukan German untuk cubaan merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali keempat. Pasukan Sepanyol berjaya melayakkan ke pertandingan akhir buat kali pertama.

Pertemuan Belanda dan Sepanyol merupakan pertemuan yang akan melakarkan satu sejarah tersendiri apabila kedua-dua pasukan sebelum ini belum pernah menjuarai pertandingan Piala Dunia. Mana-mana pasukan yang akan memenangi perlawanan pada 11 Julai 2010 nanti bakal mencatat sejarah dunia bola sepak. Penulis tetap meramalkan pasukan Sepanyol akan muncul menjadi johan piala dunia edisi Afrika Selatan.

Tuesday, July 6, 2010

Kisah Dua Belon

Belon yang hendak dikisahkan dalam tulisan ini adalah belon atau gelembung yang boleh membesar sebesar mungkin apabila dimasukkan angin. Kanak-kanak suka bermain belon, apabila diisi angin ianya akan membesar dan semakin membesar sekiranya berterusan diisi angin. Manakala orang tua juga amat meminati belon kerana ianya akan mengimbau kembali zaman kegirangan sewaktu mereka di alam kanak-kanak dan remaja.

Dalam kisah ini belon ini ditiup oleh dua orang kanak-kanak. Satu belon ditiup di dalam rumah dan satu lagi ditiup di luar rumah. Kita andaikan belon ini amat elastik dan tidak akan pecah jika ditiup secara berterusan. Setelah bertungkus lumus meniup belon, kanak-kanak pertama mendapati belon yang ditiupnya telah memenuhi setiap ruang di dalam rumah. Walaupun dipaksa terus menerus meniup tetapi besar belon tersebut tetap sama.

Berbeza pula dengan situasi kanak-kanak kedua kerana masih lagi mampu meniup sepuas hatinya. Beliau menikmati usaha yang tidak terbatas kerana bukan sahaja belon tersebut berjaya ditiup sebesar rumah malah lebih dari itu.

Jika kita mengambil pengajaran kisah dua belon di atas begitulah juga dalam kehidupan harian seorang pekerja. Seorang yang bekerja dengan majikan sama ada kerajaan dan swasta pendapatan yang diperoleh hanya terhad di dalam tangga gaji yang ditetapkan. Akan tetapi pekerja yang bekerja sendiri atau seorang usahawan sebenarnya berpotensi memperoleh pendapatan tanpa terhad atau tiada tangga gaji khusus. Sebab itulah kita boleh lihat golongan usahawan merupakan golongan yang menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi masyarakat kita.

Jadi manakah langkah yang perlu kita pilih. Sama ada kita memiliki satu belon atau dua belon? Kekayaan yang hendak kita kejar tidak terbatas. Fikir-fikirkan.....

Belanda Menguburkan Penguasaan Amerika Latin

Semalam seluruh dunia telah dimaklumkan mengenai pemecatan Dunga, Jurulatih Pasukan Kebangsaan Brazil setelah gagal membawa pasukan tersebut ke pusingan separuh akhir. Brazil telah ditewaskan oleh Belanda 1-2 pada penghujung minggu lepas.

Pada awal pagi ini (waktu Malaysia) Belanda sekali lagi berjaya menjinakkan Uruguay yang merupakan satu-satunya pasukan Amerika Selatan yang masih lagi bersaing diperingkat separuh akhir. Namun pasukan Uruguay masih berpeluang untuk merebut tempat ketiga.

Pada awal pagi esok pasukan pilihan Spain akan menentang pasukan hebat Germany. Sekiranya Spain berjaya menundukkan Germany maka Piala Dunia Afrika 2010 akan mencatat sejarah apabila pasukan yang bakal beraksi di peringkat akhir merupakan pasukan yang pertama kali memenangi Piala Dunia. Penulis meramalkan Spain menewaskan Germany 2-1

Monday, July 5, 2010

Lawatan Ke Kampung Penibong, Daro

Pada 2 Julai 2010 lepas, penulis berpeluang untuk mengikuti rombongan pegawai pemantau projek Persekutuan dari Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) untuk melawat projek di Kampung Penibong Pulau Bruit, Daro. Projek yang dimaksudkan ialah naiktaraf loji air Kampung Penibong.

Projek ini merupakan usaha kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada kira-kira 3,500 orang penduduk di empat buah kampung iaitu Kampung Penibong, Penyuai, Betanak dan Salah Kecil. Berhampiran dengan tapak projek terdapat sebuah loji bekalan air milik Jabatan Mineral dan Geosains. Walaupun berfungsi tetapi operasi loji ini masih terhad. Oleh demikian, projek naiktaraf ini akan dapat memberi faedah kepada penduduk sekitar empat buah kampung yang kini rata-rata memperoleh sumber bekalan air melalui kaedah tadahan air hujan (rain harvesting system).

Apabila loji ini siap kelak, sumber air berpunca dari empat buah telaga (tube well) yang terletak lebih empat kilometer. Namun, akibat pembangunan yang pesat di sekitar kawasan kampung iaitu ladang kelapa sawit secara komersial, mungkin sumber air dari telaga ini tidak dapat bertahan lama. Sehubungan itu, salah satu pelan jangka masa panjang ialah menyambungkan paip bekalan air dari Sibu atau Sarikei pada masa hadapan.

Salah satu perkara yang menarik untuk diperkatakan di sini ialah mengenai perjalanan ke tapak projek ini memakan masa hampir 5 jam. Bertolak dari Hotel Kingwood Mukah seawal 7 pagi. Tiba di Pekan Daro dalam jam 9.15 pagi. Selepas minum pagi dan mendengar sedikit penerangan dari Jurutera Daerah JKR Daro kami bertolak ke Pulau Bruit pada jam 11 pagi.

Halangan pertama ialah menaiki feri menyeberangi Batang Lassa untuk ke Pulau Bruit. Sampai di Kampung Kut Pulau Bruit dalam masa 30 minit. Selepas itu, terpaksa mengharungi jalan ladang yang becak selama 2 jam. Mujurlah menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Kalau tidak sudah tentu menghadapi banyak masalah. Sampai di penghujung jalan ladang rombongan kami terpaksa berjalan kaki selama 15 minit. Kemudian sampai di Kampung Penyuai pula kami membonceng motosikal untuk perjalanan lebih kurang 4 kilometer.

Perjalanan yang penuh berliku ini menginsafkan kami betapa sukarnya hidup di Pulau Bruit ini, tetapi rata-rata penduduk kampung, terutama anak-anak amat girang sekali seolah-olah tiada masalah yang tergambar di wajah mereka. Mereka amat suka dan mengalu-alukan kedatangan rombongan kami. Pendek kata alah bisa tegal biasa.

Manakala perjalanan pulang pula terpaksa menempuh jalan yang sama. Kami tiba di Mukah kira-kira jam 8.30 malam. Selepas makan malam saya ditemani kawan lama untuk menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Kebetulan pasukan Brazil bermain malam itu dan telah diaibkan oleh Holland, 1-2.

Sunday, July 4, 2010

Pasukan Eropah Menunjukkan Taring

Persaingan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hampir ke penghujung dengan menyaksikan empat lagi baki perlawanan sebelum penentuan juara pada 11 Julai 2010 ini. Apa yang menarik persaingan menjadi semakin sengit di kalangan pasukan dari benua Eropah setelah berjaya menguburkan dominasi pasukan kuat dari Amerika Selatan.

Dua buah gergasi iaitu Brazil dan Argentina masing-masing telah berjaya ditundukkan oleh pasukan Holland dan Jerman pada hujung minggu lepas. Pada persaingan peringkat kumpulan seolah-olah menyaksikan pasukan dari Benua Eropah tenggelam akibat asakan dan aksi hebat dari pasukan negara Latin, Afrika dan juga Asia. Namun pasukan Uruguay merupakan satu lagi pasukan dari Amerika Latin yang masih meneruskan perjuangan pada peringkat separuh akhir bertemu Holland pada 6 Julai 2010 nanti.

Monday, June 28, 2010

Pertemuan Hebat Pasukan Gergasi

Sehingga malam tadi, Brazil telah berjaya melayakkan diri kepusingan suku akhir bertemu dengan Belanda. Brazil berjaya menundukkan Chile 3-0 manakala Belanda menewaskan Slovakia 2-1. Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu pada 2 Julai 2010 ini (jam 10.00 malam waktu Malaysia)

Satu lagi pelawanan menarik ialah antara pasukan Argentina dan Germany. Kedua-dua pasukan gergasi yang pernah menjuarai Piala Dunia bakal menyaksikan pelbagai aksi hebat dan mendebarkan. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 3 Julai 2010 (jam10.00 malam waktu Malaysia).

Bagi pasukan Sepanyol pula mereka masih lagi bertarung diperingkat pusingan kedua dan bakal berhadapan pasukan Portugal pada awal pagi esok.

Penulis meramalkan pasukan yang akan menjuarai Pasukan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan sama ada Brazil, Sepanyol atau Argetina.

Sunday, June 27, 2010

Blogging Makes Children Better Thinkers

The parent should not to worried when their children spend a priceless time for blogging. The blogging activities would increase our children ability and skills in thinking.

This is recent finding from studies conducted by Saraswathy Thurairaj, the University Tunku Abdul Rahman lecturer, specialist in Communication and English Studies. Based on her research finding the blogger who are actively doing blogging will increase the cognitive ability, include analysing, inferential and evaluating skills. This skills require for them to express themselves, challenge ideas and justify any statement or stand point.

During these day, the critical thinking skills are necessary for students to progress intellectually when they make studies in school, college or university.

Source : NST 27 June 2010.

Sunday, June 20, 2010

Keruh di Muara

Seeokor seluang menyusur dasar sungai Kencana untuk mencari rezeki buat hari ini. Perutnya kelaparan lantaran semalaman tidak menjamah makanan kerana takut keluar dari lubuknya. Bunyi deruan enjin dan bot nelayan tidak henti-henti mengecutkan perut seluang. Kebimbangan berasas apabila ramai kaum keluarganya yang hilang atau terkorban akibat jaring yang tidak mengenal sesiapa. Seluang takut nasibnya akan sama seperti kawan-kawannya yang lain yang tidak menghiraukan nasihat orang tua tentang kerakusan manusia menangkap ikan-ikan tanpa belas kasihan. Seluang sering terdengar banyak yang kehilangan ibu, ayah, jiran, sahabat handai malah ikan-ikan remaja.

Seluang telah maklum akan kerakusan manusia. Tidak cukup dengan jaring, tuba juga sekali sekala digunakan untuk membunuh kaum keluarganya. Racun tuba tidak mengenal ikan yang bersembunyi dilubuk masing-masing. Mula-mula kepala mula pening dan terasa loya. Mata juga menjadi kemerah-merahan. Akibat tidak tahan banyak ikan yang berenang ke permukaan air untuk mendapatkan oksigen. Lantaran itu amat mudah untuk nelayan mencekup ikan-ikan yang kealpaan dan kemabukan.

Seluang berenang perlahan-lahan sambil mencari makanan di celah-celah akar. Perasaan tidak keruan melanda apabila tidak kelihatan kelibat ikan-ikan yang lain. Adakah ikan-ikan lain masih lagi ketakutan dan bersembunyi di lubuk masing-masing. Jika tidak memenuhi tuntutan fitrah untuk mengisi perutnya yang kelaparan sudah tentu lebih senang seluang bersembunyi untuk menyelamatkan dirinya.

Akhirnya seluang sampai di simpang sungai Kencana dengan sungai utama Batang Belalang. Di situ seluang tahu letaknya lubuk-lubuk sang keli. Kelibat keli pun tidak kelihatan pada pagi ini. Masih bersembunyi ka keli, bisik seluang seorang diri. Seluang mula perasaan pertukaran air di simpang sungai itu. Air kelihatan keruh dan mengganggu penglihatan dan menyukarkan pernafasan seluang.

Seluang tertanya-tanya seorang diri kenapakah air di simpang ini keruh. Selama ini amat jarang sekali kejadian keruh yang amat teruk sehingga menyukarkan penglihatan dan pernafasan. Mungkin malam tadi hujan turun dengan lebat di kawasan hulu sungai. Tapi sekiranya hujan lebat sudah tentu air bah melanda kawasan hilir sungai. Air yang cetek sudah tentu ada kejadian lain yang berlaku di hulu sungai. Persoalan seluang tidak terjawab lantaran tiada sesiapa yang boleh membantunya.

Deruan enjin sayup-sayup ditelinga seluang. Bunyi ini semakin lama semakin kuat dan menghampiri simpang sungai itu. Seluang mula menyembunyikan diri berhampiran akar-akar kayu yang besar. Seluang takut bilah-bilah enjin akan mengoyakan tubuhnya yang kecil itu. Selang beberapa ketika enjin dimatikan. Sepantas itu juga terdengar air di sungai terkocak perlahan-lahan di belah pengayuh. Seluang terdengar deburan air sungai amat hampir tempatnya bersembunyi. Sudah tentu jala di tebarkan oleh nelayan yang rakus itu.

Seluang mula kebingungan. Bimbang menjalar di hatinya takut menjadi kerakusan manusia yang tidak mengenal belas kasihan kepada nasib ikan-ikan yang mendiami dasar sungai kencana. Perasaan gelisah ini telah menyesakkan perasaan dan nafas seluang. Akibat tidak tahan, seluang mengambil keputusan untuk mengambil oksigen di atas permukaan barang sebentar.

Seluang mula mengeluarkan muncungnya. Lega seketika. Barulah tenang fikiran dan penglihatan mula terang. Ketika di atas permukaan air inilah seluang ternampak kelibat nelayan-nelayan yang rakus. Tiba-tiba seluang ternampak berpuluh-puluh bangkai keli, toman, sepat, puyu dan seluang terapunga-apung di atas permukaan air. Pada masa yang sama kelihatan ikan-ikan yang tercungap-cungap untuk mendapatkan oksigen. Sepantas itu nelayan mencedok dan menangkap ikan yang hampir nazak.

Alangkah terperanjatnya seluang apabila dengan kasar tubuhnya di rentap dari permukaan air. Sepantas itu juga seluang dilemparkan ke dalam perut perahu yang telah menempatkan ikan-ikan yang berjenis-jenis dalam keadaan menjadi bangkai dan separuh mati. Seluang berbisik bencana apakah yang telah melanda dasar sungai Kencana ini.

Wednesday, June 9, 2010

Mendalami Pengetahuan Ekonomi

Salam ceria dan salam sejahtera.

Tinggal dua hari lagi kita akan disibukkan dengan pertandingan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan. Perlawanan pertama dan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan akan diadakan pada Jumaat ini jam 10.00 malam. Kepada kaki bola inilah saat-saat yang ditunggu untuk menyertai karnival selama satu bulan. Syabas kepada peminat bola sepak yang tetap setia kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Penulis juga peminat setia kepada kejohanan bola sepak yang besar seperti ini. Alangkah bertuahnya jika suatu hari nanti kita dapat menyaksikan secara langsung anak-anak muda dari Malaysia. Entahlah bilalah saat itu akan menjelma. Pasukan bola sepak negara perlu mendapat banyak pendedahan dan kemahiran yang tinggi bagi menyaingi pasukan negara lain yang lebih hebat.

Kejohanan bola sepak ini bukan satu permainan yang seronok-seronok untuk dilangsungkan sahaja. Sebenarnya negara yang berjaya diberi pengiktirafan untuk menganjurkan pertandingan yang besar seperti ini akan mendapat rahmat dari segi ekonomi. Bayangkan negara yang menganjur akan menerima beribu-ribu pelancong yang datang semata-mata untuk menyokong pasukan negara mereka. Selain itu, pihak iklan, penaja dan media massa dari seluruh dunia datang untuk membuat liputan. Sehubungan itu, banyak industri seperti pelancongan, makanan, hospitaliti dan sebagainya terus berkembang secara mendadak.

Bayangkan kejohanan seperti ini akan memberi pulangan berbillion RM kepada negara Afrika Selatan untuk tempoh beberapa bulan ini. Selain itu juga, melalui langkah pembinaan kemudahan infrastruktur dan prasarana seperti jalan raya, stadium, hotel dan sebagainya akan dapat menjana pendapatan negara dan rakyatnya. Sudah tentu KDNK akan meningkat pada tahun ini.

Penulis sendiri amat tertarik untuk mendalami pengetahuan mengenai ekonomi. Itu cerita tentang bola sepak yang sedang hangat dan menjadi demam kepada peminat bola sepak seluruh dunia. Seterusnya penulis sering berfikir mengenai isu subsidi yang sedang hangat dibincangkan di dada akhbar utama di dalam negara. Berdasarkan dapatan dari kumpulan Lab Rasionalisasi Subsidi, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Senator Datuk Seri Idris Jala mendapati sekiranya amalan pemberian subsidi ini tidak dikaji semua akan menyebabkan negara dibebani dengan hutang dan boleh menjadi negara bankrap menjelang 2019.

Sudah tentu kenyataan ini amat mengerunkan semua pihak. Tidak kurang juga mendapat kritikan dan pandangan yang amat tajam dan sinis daripada pelbagai pihak terutama ahli-ahli ekonomi tempatan. Ramai berpendapat pemberian subsidi perlu diteruskan untuk kesejahteraan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.

Ada juga yang bersetuju pemberian subsidi terpilih perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan matlamat bantuan ini akan sampai kepada golongan sasar. Manakala golongan yang berkemampuan perlu sedar kebergantungan mereka kepada subsidi ini akan berakhir dan mereka bersama-sama berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk menjayakan matlamat ini.

Penulis sendiri pula lebih optimis dengan penemuan yang telah dibentangkan oleh pihak PEMANDU ini. Penulis sendiri tidak menghadiri program terbuka untuk mendengar taklimat mengenai penemuan ini. Kebanyakan maklumat adalah hasil bacaan dari dada-dada akhbar dan siaran berita. Oleh demikian, pemberian subsidi terpilih amatlah tepat untuk menjamin kestabilan ekonomi negara agar melahirkan rakyat yang berdikari dan sanggup untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Tidak cukup dengan kisah Piala Dunia dan Subsidi, satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis ialah kekurangan gula dalam pasaran. Bagi satu kemelut yang tidak akan dapat berakhir. Terdapat khabar kononnya peruncit akan memboikot atau mengadakan demo bagi mendesak kerajaan menkaji semula kawalan harga terhadap gula. Mereka amat bersetuju biarlah harga gula ditentukan oleh pasaran bebas.

Terdapat pro dan kontra tindakan ini. Bagi penulis, biarlah kawalan harga gula dikenakan memandangkan banyak golongan yang pastinya terjejas jika harga gula ditentukan oleh pasaran bebas. Tetapi penulis lebih suka tidak membeli gula kerana pengambilan gula secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Jadi penulis kurang terkesan sedikit kepada isu tuntutan untuk menaikkan harga gula.

Namun, tanpa kawalan sudah pasti mengundang kepada bahaya inflasi. Inflasi mungkin akan berkembang jika harga-harga barangan keperluan seperti gula, tepung, telur, beras dan sebagainya tidak di kawal. Kita masih ingat sejak kenaikan harga minyak telah mendorong kenaikan harga barangan lain. Naik minyak semua barangan naik, akan tetapi bila harga minyak petrol turun lain pula jadinya. Harga barang pula enggan diturunkan oleh peniaga.

Oleh demikian, untuk memastikan kesejahteraan struktur ekonomi ini berlangsung terdapat beberapa saranan agar kita bersikap qanaa iaitu bersyukur dengan apa yang ada dan satu lagi tambahan ialah zuhud iaitu tidak terlalu mengharap atau mencintai apa yang ada didunia ini.

Diharap dengan tulisan ini, penulis akan dapat berkongsi sedikit pandangan mengenai pengetahuan ilmu ekonomi kepada pembaca sekalian.

Friday, May 28, 2010

Rahsia RM1 Juta (Draf)

Mail menikmati burger daging dengan mengunyah perlahan-lahan. Matanya liar memerhati pengunjung pasar malam yang bertali arus. Belum reda sehingga tirai mata di labuh. Masing-masing dengan gelagat menawar dan membeli. Mereka adalah pelakon dan pelawak asli. Masing-masing membawa watak dengan bijak dan berani. Ada yang ketawa riang dan tidak kurang juga yang merengus setelah barang dan kertas bertukar tangan.

Angin malam bertiup kasar menyapu hawa panas. Hati Mail dari tadi marah-marah telah mula reda. Ketegangan menguncup setelah burger daging ini dapat mengurangkan penderitaan perut yang berkeroncong kerana kelaparan. Sejak pagi tadi perut ini tidak diisi. Entah berapa ramai lagi yang senasib dengannya. Makan adalah perkara keperluan asas dalam ekonomi fikir Mail, tetapi tidak semestinya menjadi mutlak milik semua orang.

Kelembaban ekonomi dunia ekoran krisis kewangan di Amerika dan Eropah turut memberi kesan kepada pendapatan Mail. Bukan Mail sahaja yang menerima tempias krisis global ini. Bukan sahaja masalah H1N1 menjadi ketakutan masyarakat dunia, kelemahan prestasi ekonomi turut menghantui fikiran golongan seperti Mail.

Mail yang bekerja sebagai Perunding Kewangan di sebuah syarikat persendirian miliknya sendiri. Dialah bos dan dia juga menjadi kuli. Kini Mail kekurangan pelanggan dan musibah ini sekaligus menjejaskan periuk nasinya. Semua perlu dijelaskan, bil elektrik, telefon, air dan sewa premis. Belum lagi termasuk belanja dapur dan minyak kereta. Simpanan wang di bank semakin susut dan ini memaksa Mail untuk mencari jalan lain bagi meransang sumber pendapatan dan ekonomi keluarganya.

"Aku perlu bertindak segera dengan Pelan B, " monolog Mail sendirian.

Mail bertekad untuk menjadi peniaga pasar malam buat sementara untuk mencari pendapatan sampingan. Kalau boleh sebagai permulaan Mail menjual nasi lemak berlauk. Isterinya boleh membantu untuk menyediakan segala bahan jualan. Siang bekerja di pejabat, malam pula di pasar malam. Untung-untung dapat juga Mail keluar dari kemelut ekonomi ini.

Perniagaan Mail menunjukkan peningkatan pada setiap malam. Walau pun pernigaan Mail pada sian hari masih lagi merudum, namun kegusaran mengenai punca pendapatan semakin tidak merungsingkan fikiran Mail. Mail percaya pendapatan dengan menjual nasi lemak berlauk pasti mendatangkan pendapatan lumayan. Ternyata keyakinan Mail ini membuahkan hasil dan hampir sahaja Mail tidak mahu meneruskan perniagaan perkhidmatan sebagai Perunding Kewangan.

Suatu hari gerai Mail didatangi oleh kawan lamanya Masron. Masron menyapa Mail yang masih sibuk melayani pelanggannya.

"Apa khabar kau Mail", sapa Masron memulakan perbicaraan. "Kau tengoklah aku ni sekarang, Ron. Dah jadi jutawan senyap," sempat Mail bergurau dengan Masron kawan lamanya.

"Kau nak order apa Ron. Gerai aku ni jual macam-macam lauk dengan nasi berlemak, " Mail melayan kawan lamanya. "Maaf Mail, aku dah makan. Aku ni saja nak lawat kawan. Aku dengar sekarang ni bisnes kau jadi perunding kewangan tu tengah gawat."

"Betul lah tu bisnes aku ni tengah gawat. Sebab tu la kau tengok aku berniaga pasar malam ni. Tak macam kau. Bisnes kencang. Aku dengar kau dah pakai Toyota Alphard sekarang nia." Misron tersenyum kelat." Itu hasil titik peluh aku sendiri Mail. Beginilah Mail dipendek cerita. Aku datang ni pun nak tolong engkau.

Apa yang kau nak tolong tu. nak bagi aku bisnes ke? Ya. aku sebenarnya nak tolong nak hidupkabn balik syarikat kau tu. Sejak kebelakangan ini aku lighat premis kau selalu tutup. Apa kata aku tololng running untukkau. Aku kira nak pakai nama dan lesen kau. Setiap bulan nanti aku boleh kasi sewa RM10 ribu.

Kau ni baik betul Ron. Sewa RM10 ribu. Kau dapat tender apa Ron.

Ala kau ni tak percaya kat aku. Kau duduk rumah dan konsenterate dengan nasi lemak berlauk kau. Biar aku tolong running dengan pinjam lesen dan nama. Tau-tau hujung bulan poket kau penuh. Amacam.

Baiklah aku setuju. Kalau ekobnomi pulih nanti aku nak guna balik. Ok jangan bimbang brader. Lepas ekonomi you pulih aku takkan ragu untuk bagi balik.

Begitulakah cepat berjanjian dan persetujuan tercapai antara Mail dan Masron. Apa yang Mail tahu adalah setiap hujung bulan akan dapat wang sewa RM10 ribu. Ini dinamakan rezeki berganda. Dan Mail lebih baik tumpu kepada perniagaan nasi lemaknya.

Mail seperti biasa meneruskan perniagaan pasar malam yang semakin maju. Mail sudah melupajkan pekerjaan perunding kewangan yang tidak menentu itu.

Suatu hari ketika Mail menunggu pelanggan telefon bimbitnya menerima mesej. Perlahan-lahan Mail membuka peti mesej dan membaca. Tahniah.. anda adalah pelanggan kami yang bertuah. Kad sim anda telah berjaya terpilih untuk memenangi pertandingan anjuran syarikat kami. Untuk sebarang pertanyaa sila hubungi Cik Salina di talian 012-252 1432.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Salam ceria. Salam Hari Sabtu. Salam Cuti-Cuti Sekolah dan Salam Satu Malaysia. Sekarang ni banyak salam yang boleh diungkapkan menunjukkan keramah mesraan masyarakat di bumi Malaysia yang bertuah. Pada masa yang sama, bersama-sama kita menyumbang untuk mengekalkan keharmonian dan kerukunan masyarakat yang pelbagai bilang kaum.

Jika semalam masyarakat di Malaysia meraikan Hari Wesak, mulai Selasa depan rakan kita di Sarawak dan Sabah akan meraikan perayaan Gawai Dayak dan Hari Keamatan. Perayaan yang pelbagai ini disambut dengan suasana yang riang ria. Sempena sambutan pelbagai perayaan ini diharap rakan-rakan kita sentiasa berwaspada terutama di jalan raya. Raya-raya juga... tetapi ingat berhati-hati ketika memandu.

Apa kata penulis memulakan blog pada pagi ini dengan berpantun... seronok sebenarnya berpantun.. dapat mengembangkan bakat dalam sastera. Lama dah tak bersastera tentu rindu... Selalunya kita yang membaca bahan dan karya sastera hasil nukilan penulis lain. Hari ini mari sama-sama kita cipta satu pantun untuk menyumbang kepada khazanah sastera negara kita.

Pantun berbunyi;

Nasi Dagang Ikan Bawal
Dibawa Berdayung Ke Kuala Igan
Bijak Rancang Laksana Awal
Sediakan Payung Sebelum Hujan

Cehwah... kepada sesiapa yang nak jawab pantun ni sila, jangan malu-malu.

Sebenarnya penulis masih lagi tercabar untuk mengupas persoalan yang ditimbulkan dalam falsafah ini. Falsafah tersebut adalah "Nasib Menyebelahi Mereka Yang Bersedia". Pendek sahaja pernyataan ini. Untuk pengetahuan rakan pembaca dan blog, falsafah ini saya kutip dari buku terjemahan Thomas Friedman bertajuk The World Is Flat. Kalau dalam buku bahasa Melayu bertajuk Dunia Sama Rata.

Saya berpendapat sikap suka bersedia lebih awal adalah sikap yang positif dan mulia. Tidak kira sama ada kita seorang pelajar, pekerja, penangggur dan juga suri rumah, sikap ini perlu ditanam dalam diri mulai sekarang. Kalau dalam pertandingan badminton setiap pemain ditentukan berdasarkan ranking. Datuk Lee Chong Wei, pemain negara kita menduduki rangking no.1. Jadi tentukan sikap suka bersedia awal ini menjadi antara rangking tertinggi dalam kehidupan kita.

Sikap ini akan memberi manfaat kepada kita, antara sebab-sebabnya adalah;

1. Persediaan awal para pelajar akan dapat memberi banyak kelebihan semasa menjawab soalan peperiksaan.

2. Saat-saat akhir menjelang peperiksaan tentu banyak bahan atau nota yang perlu untuk dibaca, jadi persediaan awal akan mengurangkan tekanan pada saat ini.

3. Apabila bersedia, kita sentiasa dalam keadaan yakin dan tenang, setenang air di laut. Laut selalu bergelora tetapi susah untuk melihat ketenangan di laut kan? Jadi untuk mencapai ketenangan seperti air di laut kena rajin berusaha lebih awal. Ini adalah sikap pro aktif, bertindak dahulu tanpa disuruh.

4. Persediaan awal akan menjadikan kita sentiasa mendahului orang lain atau pesaing. Dalam perniagaan kita perlu sentiasa ke hadapan meneroka potensi dan menjual produk kita yang lebih update kepada pelanggan.

5. Sikap bersedia awal akan dapat menjadikan minda kita kreatif dan bekerja sentiasa seperti meramal apakah keperluan masa hadapan. Kita juga akan tahu bagaimana hendak mengendalikan sesuatu perkara tanpa rasa kekok atau blur.

Oleh demikian, bersama-sama kita dalam keadaan bersedia. ASTRO selalu memberi pesan kepada pelanggannya, tinggalkan decoder anda dalam mode standby. Begitu juga kita supaya sentiasa dalam mode atau keadaan bersedia.

Thursday, May 27, 2010

Nasib Bersedia Awal

Salam ceria di pagi jumaat ini. Cuaca di kuching pagi ini cerah-cerah sahaja. Pagi ini kami merancang untuk breakfast di luar sempena dengan cuti. Cuti umum sempena Hari Wesak. Bawa anak-anak dan keluarga keluar untuk menikmati suasana cuti yang pasti menyeronokan bagi anak-anak setelah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran dan cabaran menjawab soalan-soalan peperiksaan pertengahan penggal.

Pada pagi yang ceria ini saya ingin berkongsi dengan satu falsafah yang menarik ketika membaca buku terjemahan The World is Flat karya Thomas Friedman. Falsafah yang dimaksudkan adalah "Nasib akan menyebelahi kepada mereka yang bersedia". Ayat ini pendek sahaja tetapi makna daripada falsafah ini amat mendalam dan berguna sekali kepada kita.

Setiap hari hidup kita akan diisi dengan pelbagai aktiviti sama ada kerja sendiri, tugasan di pejabat atau anak-anak yang masih menuntut di bangku sekolah. Sehubungan itu, bagi menjadikan matlamat dan proses menyiapkan kerja atau tugasan dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna, salah satu perkara yang perlu diambil kira ialah persediaan awal kita.

Persediaan awal yang dimaksudkan adalah ketika lapang dan senang kita mengkaji ilmu pengetahuan yang baru atau yang masih kurang difahami. Selain itu, kemahiran yang sedia ada perlu dipertingkatkan sewaktu cabaran sebenar belum lagi datang. In other words, during our free time we should sharpened our thought, knowledge and skills.

Banyak sekali contoh yang dapat kita lihat mengenai kejayaan kepada sesiapa yang rajin membuat persediaan awal. Contohnya Nik Nur Madihah, seorang pelajar yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008. Sudah tentu kejayaan ini tidak dapat diraih dengan senang lenang tanpa susah payah yang terpaksa dilalui oleh beliau. Penulis telah membaca beberapa catatan dalam akhbar dan buku mengenai Nik Nur Madihah yang terpaksa berulang alik dari rumah usangnya ke sekolah setiap hari dan menempuh perjalanan yang jauh. Selain itu, beliau turut mengulangkaji pelajaran sejak awal pagi lagi.

Oleh demikan, persediaan awal kepada kita suatu alat (tools) yang amat penting dalam meraih sebarang kejayaan yang diingini. Bermula hari ini setiap perkara yang hendak dilakukan perlu mempunyai perancangan jangka panjang yang rapi agar kehidupan yang pendek dan sementara di atas bumi yang sama rata (the world is flat) akan dapat dihadapi dengan jayanya.

Sunday, May 23, 2010

The World Is Flat

Saya baru memulakan pembacaan buku The World is Flat karya Thomas Friedman, tetapi dalam terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya terjemahan ini adalah alternatif kepada pembaca yang ingin memahami buku asal Friedman dalam bahasa Malaysia. Bagi saya buku terjemahan ini banyak membantu dari segi kefahaman dan kelajuan proses membaca.

Secara sepintas lalu buku ini adalah berkenaan dengan situasi sosio-ekonomi semasa di dunia ini yang menyaksikan tiada apa yang mustahil berlaku di barat dan timur. Setiap perkembangan dan perubahan teknologi akan turut dirasai oleh semua masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh pengenalan internet sejak penghujung tahun 1990an telah memudahan perhubungan dan pertukaran maklumat berlaku seluruh dunia. Dalam dunia e-dagang sebagai contoh, peminat buku tidak perlu untuk terbang berpuluh-puluh batu ke Amerika atau negara Eropah semata-mata mengunjungi kedai buku ternama. Sebaliknya mereka boleh membelek, membaca dan membeli buku hanya di rumah masing-masing. Pembelian secara online telah membuktikan bumi ini telah rata. Tiada halangan dan sempadan kepada kita untuk menikmati kemudahan membeli buku yang terkini dan berkualiti.

Outsourcing atau penyumberan luar merupakan satu fenomena yang membuktikan bumi ini telah rata. Di dalam dunia yang pantas bergerak dan segala-galanya adalah duit, kekurangan masa dan tenaga telah menjadikan konglomerat dan syarikat-syarikat besar di Amerika memerlukan tenaga pakar luar untuk penyumberan luar. Sebagai contoh, doktor yang menjalankan imbasan (scan) ke atas pesakit akan menghantar hasil imbasan untuk dibaca oleh pakar-pakar dari India, Australia atau China. Kemudian pakar-pakar luar ini membuat tafsiran dan menulis laporan untuk digunakan oleh doktor di Amerika. Bayangkan ketika doktor Amerika tidur atau berehat, kerja-kerja penafsiran telah dilakukan melalui penyumberan luar. Faedahnya mereka dapat mempercepatkan urusan perubatan dan ini mengurangkan beban pentadbiran dan pengurusan dengan bantuan pakar dari luar. Selain itu juga, kos penyumberan luar juga adalah lebih murah jika dibandingkan dengan mendapatkan perkhidmatan dari doktor di Amerika sendiri.

Sunday, May 16, 2010

Membina Budaya Usahawan

Salam Ceria dan Selamat Pagi,

Hari ini merupakan hari Isnin yang ketiga dalam bulan Mei 2010. Harap kita semua sihat, ceria dan memiliki motivasi yang tinggi. Sudah lama tidak berkongsi idea dan pengalaman dalam laman blog ini. Minda membuak-buak untuk mencurahkan pendapat di atas layar yang boleh diakses di mana-mana permukaan dunia.

Penulisan kali ini cuba untuk mengupas satu persoalan yang menarik iaitu berkenaan budaya usahawan di kalangan masyarakat kita. Di sesetengah masyarakat budaya ini telah lama hidup dan mekar di hati pendokongnya. Jika dulu, kita sering diteladani oleh masyarakat Cina yang amat maju dan kehadapan dalam bidang perniagaan atau usahawan. Masyarakat Cina amat berdikari dalam meneruskan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

Malah saya percaya perniagaan masih lagi dikuasai sebagai besar oleh masyarakat Cina. Rata-rata kalau kita ke pusat-pusat perniagaan dan pasaraya perniagaan dimiliki oleh kaum Tionghua ini. Apabila satu hari mengajukan persoalan ini kepada isteri penulis, beliau dengan cepatnya menyimpulkan perniagaan merupakan satu budaya dalam masyarakat Cina. Jika kita lihat dan baca sejarah, sejak turun temurun masyarakat yang pernah menjadi imigran dan berhijrah ke Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo ini amat tinggi daya survivalnya. Mereka amat kurang bergantung kepada bantuan kerajaan. Sebaliknya atas sikap saling bantu sesama mereka, perniagaan yang kecil terus membesar dari masa ke semasa.

Kekentalan ini telah menjadi sebati dalam diri mereka. Isteri penulis pernah mengimbaskan suatu ketika, sewaktu masih bersekolah di SK Gita, Kuching dan berjalan kaki dari rumah di kawasan penempatan sementara di Kampung Semerah Padi (berhampiran Kubah Ria) telah melihat sendiri gerai-gerai kecil menjual sayur-sayuran didirikan di tepi jalan. Kini setelah 30 tahun berlalu penulis bersama isteri dapat melihat sendiri bertapa majunya perniagaan mereka. Gerai-gerai kecil masih lagi tetapi hanya untuk meletakkan barangan seperti buah-buahan tempatan. Sebaliknya di belakang gerai tersebut telah tersergam kukuh sebuah bangunan kedai yang menempatkan pelbagai produk harian dari sayuran, ikan, barangan dapur dan sebagainya.

Penulis percaya, tiga puluh tahun dahulu mungkin gerai ini tidak menggaji pembantu kedai dan perniagaan di bantu oleh ahli keluarga sendiri. Tetapi pada masa kini, perniagaan yang berkembang telah menyediakan ruang pekerjaan bukan sahaja kepada ahli keluarga yang sudah tentu bertambah sebaliknya kepada pencari kerja dari bangsa lain.

Inilah realitinya jika kita percaya budaya usahawan sebenarnya menjamin kepada pembangunan ekonomi negara secara umumnya. Oleh demikian, membina budaya usahawan boleh ditanamkan di kalangan masyarakat kita. Sebagai langkah permulaan, budaya ini boleh diamalkan di kalangan ahli keluarga kita. Anak-anak perlu dididik tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biarlah ibu bapa memberi sedikit dana sebagai modal dan bersama-sama menjadi mentor pelaksanaan dan pembudayaan usahawan ini.

Thursday, March 18, 2010

Bersantai di Starbuck The Spring

Tiupan trumpet memenuhi ruang di Starbuck tengah hari ini. Ruang agak lengang setelah pelanggan masing-masing menghabiskan sisa-sisa air minuman yang menyegarkan. Masing-masing telah menghilangkan dahaga dan kepingin untuk meneguk kopi segar yang dicampur sedikit dengan susu rendah lemak. Aku menggelarnya caffe latte. Jika diberi pilihan antara ice caffe latte dengan hot caffe latte aku lebih mengemari ketika air dingin melalui rongga tengkuknya seperti minum air batu campur. Terasa kopi segar kurang manis tetapi lazat berlemak.

Kesibukan manusia di sini dengan urusan masing-masing tidak sekali pun mendatangkan kebingungan kepada ku. Namun aku percaya pada saat hujung bulan tidak terkecuali masalah kering poket turut menjadi kebingungan semua orang termasuk aku. Walau pun harga sekole caffe latte hampir mencecah RM12, tapi itu bukan suatu masalah. Nikmat kopi segar menjadi satu kehendak yang perlu aku penuhi jika singgah atau bersantai-santai bersama keluarga.

Pada hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa. Sambil menghirup caffe latte, didepan meja masing-masing terletak laptop. Permainan online menjadi kegilaan hampir berjuta manusia di dunia termasuk aku ialah Mafia Wars. Inilah gara-gara isteriku yang telah memperkenalkan buat mengisi masa lapangku di Mukah. Kini aku berjinak-jinak dengan Social City. Menjadi Datuk Bandar sebuah negeri virtual yang ku cipta berdasarkan imiginasi dan kreativiti ku. Penat bermain, kadang-kadang disulam dengan membaca buku atau berita-berita untuk menambah lagi inputku.

Ketika tiba waktu solat Jumaat, aku mula bergerak ke masjid yang letaknya bersebelahan The Spring. Kebiasaannya masjid ini penuh menjelang solat Jumaat. Jemaah adalah dikalangan pengunjung The Spring dan juga kakitangan kerajaan yang mempunyai pejabat berhampiran. Inilah salah satu kemudahan yang memudahkan orang ramai yang hendak mengerjakan ibadah setelah puas bersantai atau bekerja.


Wednesday, March 17, 2010

Sungai Adalah Kehidupan

Pagi ini suasana amat tenang. Cicipan pipit membingitkan hutan rimba di hujung desa itu. Sekumpulan enggang terbang rendah di atas sebuah sungai yang mengalir perlahan. Sungai itu berkocak riang tanda penghuninya telah sedar setelah gelap yang membungkus rimba pergi seketika diganti dengan cahaya suria yang semakin membahang.

Saat ini ikan-ikan yang berenang di dasar sungai mulai lapar. Berenang di setiap pelusuk dasar sungai mencari rezeki untuk mengalas perut kosong buat meneruskan kehidupan yang serba sederhana. Di sana sini penuh dengan makanan. Lumut amat sedap dimakan sedikit sedikit. Kalau ada cacing sesat di mamah beramai-ramai tanda muafakat yang telah lama tersimpul erat di dasar sungai itu.

Sungai ini adalah kebebasan. Kebebasan untuk ikan-ikan untuk menjelajah ke setiap lubuk. Membina penempatan dan membina keluarga. Ikan-ikan muda riang berenang bersama kumpulan mencari makanan dan menghirup udara segar. Sekali sekali muncul muncung di permukaan air. Meninggalkan kocakan kecil di dada muka sungai.

Si keluang amat seronok pagi ini. Bangun awal setelah terdengar bunyi kocakan air di luar lubuk keluarganya. Keluarga Kelisa awal-awal lagi sudah membuat kecoh di luar. Banyak makanan katanya. Ada lumut, plankton, buah-buahan dan juga cacing.

Cacing amat sedap. Sepantas itu juga keluang berasa amat terliur. Wah seronok kalau dapat makan cacing pagi-pagi ini. Serentak itu juga keluang telah keluar dari biliknya menuju keluar lubuk mereka. Ketika itu keluang melihat kelisa dan beberapa jenis ikan lain sibuk menghadapi hidangan makanan masing-masing.

Sungai adalah kehidupan

Sungai
Kau mengalir lesu
Di desa yang kelu
Dasarmu penuh seteru
Menjadi belenggu

Penghuni resah
Menyaksi engkau kian parah
Menghitung nasib
Di desa yang gundah

Sungai
Harapan penghuni
Terletak dibahumu
Bangkitlah
Wahai penghuni sungai
Gerakkan usahamu
Singkirkan debu seteru
Untuk mengalir deras

Tuesday, March 16, 2010

Lebih baik jangan bertangguh

Seronok memiliki kereta baru apatah lagi buatan luar negara. Kini memandu di jalan yang baik dan dilengkapi dengan kemudahan canggih telah memberi keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan.

Semua sedia maklum memiliki sebuah kereta baru satu kepuasaan yang tidak dapat dikira. Seolah-olah mendapat seorang kekasih yang diidam-idamkan. Namun, seorang kekasih akan merajuk atau lari meninggalkan kita jika tidak dimaintain dan dijaga dengan baik. Begitu perumpamaan dengan kereta baru kita. Selain kita isi minyak dan jaga service pada masa yang ditetapkan kita perlu menyelesaikan bayaran ansuran bulanan tepat pada masanya.

Jika culas membayar ansuran atau bertangguh sudah tentu kita akan menghadapi masalah. Antaranya kita akan tidak berasa tenteram apabila saban waktu pihak bank atau pemuitang menelefon agar hutang ansuran diselesaikan segera. Kalau tidak tentu dikenakan bayaran faedah. Malah tidak keterlaluan juga sesetengah mengancam untuk menarik balik kereta baru yang telah kita miliki.

Sebenarnya, selagi bayaran ansuran kereta tidak diselesaikan, selagi itulah kereta baru itu bukan milik kita. Setelah semua settle barulah dikira kereta kita dan mendapat surat pelepasan dituntut oleh pihak bank atau pemiutang. Dan kita sudah tentu mendapat green card.

Sikap bertangguh patut dielakkan, apatah lagi tidak membayar ansuran. Selagi belum sah menjadi harta milik kita, maka pandai-pandailah menunaikan tanggung jawab untuk membuat ansuran walaupun terasa perit sekalipun.

Seorang pakar motivasi negara ini pernah menyarankan dalam buku tulisan beliau agar kita melangsaikan hutang ansuran tepat pada masanya. Malah beliau menggalakkan agar bayaran dibuat in advance untuk dua atau tiga bulan atau lebih jika berkemampuan. Rasionalnya kadang-kadang muncul keperluan secara mendadak. Ketika saat sesak atau kesempitan wang maka waktu itu mungkin bajet untuk membayar kereta terpaksa digunakan untuk menampung keperluan yang tiba-tiba dan datang secara tidak dirancang.

Apa yang penting, kita perlu menetapkan matlamat pada setiap awal tahun, awal bulan, awal setiap minggu dan awal pagi setiap hari untuk menyelesaikan segala hutang puitang kita agar hidup ini lebih bermakna dan selesa. Tanpa berhutang mungkin sukar untuk kita memiliki harta yang terpaksa menelan belanja yang besar. Jika tidak berhutang pun tidak bermakna hidup kita tidak bahagia. Namun walau apa pun kita perlu merancang sebaik-baiknya kehidupan kita. Rancanglah kewangan kita. Dimana sumbernya dan kemana hendak digunakan. Apa yang penting setiap komitmen jangan ditangguh.