Thursday, November 11, 2010

Salurkan RM10 Kepada Akaun Anak Anda

Anak adalah permata hati. Segala-galanya dicurahkan demi kasih dan sayang kita kepada mereka. Ini termasuk menyediakan persediaan kewangan kepada mereka.

Memandangkan pendidikan anak-anak adalah suatu komoditi yang amat berharga maka kita perlu membuat persediaan awal iaitu membuat tabungan kewangan untuk keperluan menbiayai pendidikan mereka kelak.

Bagi saya, antara langkah awal ialah membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Lepas itu daftar dalam bahagian bill payment dalam maybank2u.com. Selepas hari gaji salurkan setiap RM10 kepada anak-anak. Jumlah setahun sudah tentu genap RM120. Amat mudah dan tidak membebankan.

Berbanding jika kita terpaksa menyimpan dalam jumlah yang besar, sudah tentu membebankan.
Ingat, menyimpan dalam tabung pendidikan anak-anak juga merupakan satu sedekah dan jika diamalkan dengan ikhlas akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Ianya juga satu Qardu Hassan iaitu pinjaman untuk mendapat keredaan dari Allah s.w.t tanpa mengharap balasan daripada anak-anak kita.

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.........

2 comments:

  1. Salam..:

    Dan jangan lupa juga pada isteri tersayang.. hehe...

    ReplyDelete
  2. Isteri tersayang pun boleh menyumbang RM10 seorang pada setiap bulan. Cuba bayangkan RM10x12bulan= RM120 setahun. Darab dengan 20 tahun jadi jumlah saving ialah RM2,400. Suami isteri jadi saving seluruhnya ialah RM4,800.00.

    ReplyDelete