Monday, June 6, 2011

Wajah Sarawak Menjelang Tahun 2030

Bagaimanakah keadaan Sarawak menjelang tahun 2030. Only time can tell.

1. Pada masa ini Sarawak telah mengambil satu langkah drastik untuk membangunkan negerinya dengan memperkenalkan SCORE. Apakah SCORE? Score adalah sebuah koridor pembangunan wilayah tengah negeri Sarawak yang menekankan pembangunan sumber-sumber yang banyak terdapat di kawasan ini. Antara sumber yang banyak terdapat di wilayah tengah seperti kawasan tanah yang belum diteroka sepenuhnya. Kawasan tanah ini amat sesuai untuk tanaman komoditi seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Selain itu juga, Sarawak kaya dengan simpanan sumber semulajadi seperti arang batu yang terdapat di Mateding Mukah dan juga Kapit.

2. Bagi kawasan utara pula terdapat potensi untuk dibangunkan dengan sumber yang boleh menjana kuasa elektrik. Banyak sungai besar di kawasan pedalaman negeri Sarawak yang terletak di Miri dan Limbang amat sesuai dibangunkan dengan empangan yang boleh menjana kuasa elektrik. Kita juga amat beruntung apabila kawasan pesisir pantai negeri Sarawak dianugerhkan dengan sumber minyak dan gas yang banyak.

3. Selain itu terdapat potensi dari segi alam sekitar yang indah untuk tarikan pelancongan. Terdapat banyak kawasan yang telah dijadikan Taman Negara dan Hidupan Liar. Selain itu, kekayaan adat dan budaya merupakan aset dan khazanah yang berharga yang perlu dipelihara untuk tarikan pelancongan.

4. Bagi saya apabila tahun 2030 kelak iaitu setelah SCORE membuahkan hasil sepenuhnya akan dapat mewujudkan beberapa scenario.
Pertama ialah peningkatan peluang perkerjaan dan perniagaan yang banyak yang akan dapat memboost kepada ekonomi dan pendapatan rakyat. ini selaras dengan hasrat untuk menjadikan rakyat malaysia menikmati penadpatan tinggi selaras dengan negara maju

Kedua ialah pembangunan modal insan yang mantap. Proses R&D akan dapat berlangsung dengan lancar. Tidak memerlukan ramai pakar dari luar. Sebaliknya mampu melahirkan ramai pakar tempatan dalam pelbagai bidang. Ini dapat menjimatkan kos dan mengelakkan brain drain. Ini adalah sesuai dengan hasrat kerajaan untuk membawa balik tenaga pakar sama ada dari Semenajaung atau Sabah sarawak . Mengambil kesempatan atas dasar kepelbagaian mansyarakat yang terdapat di Malaysia akan menjadi pemangkin kepada kecemeralngan dari segi intelek dan buadaya menuntut dan menambah serta mnyebar ilmu pengetahuan.
Masyarakat yang pelabnagai kaum budaya akan dapat mengambil pengajaran dan imlum dari luar untuk diaplikasikan kedalama maysakarakat tempatan.


Ketiga. Pembangunan fizikal dan landskap negeri Sarawak. banyak kemudahan dapat disediakan. Infrastryuktur semakin baik. Jalan dan jmabatan banyak dibina untuk menghubungi kawasan yang sebelum ini belum dihubungi melalui jalan darat. Selain itu kemudahan ituliti dapat dinikmati oelh semua masyarakat. Kesejahteraan hidup dapat dinikmati oleh masyarakat bandar dan luar badnar seperti sekolah baik, hospital dan pusat perkhidmatan.

KEpelbagaian kebudayaan adalah sumber penting kepada pembangunan pelancongan

KEstabilan politk.

Friday, June 3, 2011

Cuti Sekolah

Pada cuti sekolah pertengahan penggal ini aku telah menghabiskan masa seminggu untuk melayan karenah anak-anak yang begitu ghairah untuk bermain di perpustakaan Negeri Sarawak. Di perpustakaan bukan sahaja ada kemudahan untuk membaca buku, sebaliknya ada sesi kraftangan bermula jam 3 petang sehingga 4 petang.

Anak-anak seronok walaupun pelajaran kraftangan ini adalah amat simpel bagiku. Namun pengalaman menuntut ilmu kreatif dari sifu Kak Ita sudah cukup untuk melekakan mereka untuk meneroka bidang yang tidak diajar di sekolah (aku pun tidak pasti sebenarnya sebab zaman sekolah dahulu tidak diajar subjek tersebut).

Selepas tamat sesi kraftangan, anak-anak kelaparan kerana suasana persekitaran perpustakaan amat dingin walaupun cuaca di luar amat panas terik. Lalu meladeni kami di kafe yang terletak di sudut sebelah kanan perpustakaan. Anak-anak mula memesan mee goreng, air koko panas dan kuih muih.

Sambil makan aku melihat anak-anak berkongsi keseronokan semasa di bilik kraftangan. Selepas makan kami menuju ke parking kereta untuk tugas seterusnya iaitu mengambil isteri pulang dari kerja.

Itulah harian ku selama seminggu ketika cuti sekolah pertengahan penggal.

Wednesday, December 15, 2010

6 Cara Untuk Mengekalkan Tenaga

Salam hari Khamis pada minggu ketiga bulan Disember 2010. Lebih kurang 14 hari lagi kita akan memasuki era tahun baru. Tahun baru yang bakal menjanjikan seribu harapan dan cita-cita kita yang diazamkan pada tahun 2010 semakin dihampiri.

Dalam kita berusaha mencapai matlamat kita kena berkerja. Setiap masa kita berfikir, melakukan aktiviti bekerja dan sebagainya. Pada masa yang sama, kita akan menggunakan tenaga kita untuk tujuan tersebut. Pada pagi hari, tenaga kita berada pada tahap maksimum, dan menjelang petang aras semakin menyusut. Malah menjelang pukul 7 malam sudah mula keletihan dan mengantuk.

Artikel dalam blog hari ini ingin berkongsi bagaimana untuk mengekalkan tenaga dalam badan agar sentiasa berada dalam tahap maksimum. Setiap minggu selama tujuh hari kita akan mengisi dan menikmati masa sepenuhnya tanpa perlu merasa beban dengan tugasan yang sentiasa mencabar dan bertambah setiap hari.

Langkah 1: Tidur yang mencukupi.
Tidur adalah satu tuntutan fitrah manusia. Tidurlah secukupnya antara 6 hingga 8 jam. Kalau perlu tidur sejenak (30 minit) pada waktu tengah hari untuk merehatkan minda dan badan.

Tidur yang cukup akan memulihkan badan yang kepenatan. Tidur yang mencukupi akan meningkatkan daya fokus, kreativiti dan kemahiran berfikir secara analitis.

Ingat orang yang berjaya bukan memiliki masa yang banyak untuk tidur tetapi berupaya mengamalkan sikap tidur yang mencukupi.

Langkah 2: Merancang Masa Rehat
Berehatlah bila merasakan diri perlu untuk berehat. Ubahlah perhatian kita untuk memantapkan semula fokus selepas ini.

Rehat sebentar selama satu minit adalah amat berfaedah. Kaedahnya dengan memejam mata sambil menarik nafas panjang dan menghembuskan secara lembut dan perlahan-lahan. Sekali sekali lihatkan alam sekitar yang hijau untuk menyegarkan mata kita.

Tumpuan terlalu lama akan mendatangkan kepenatan kepada minda dan badan. Oleh demikian, alihkan perhatian sementara kepada perkara-perkara lain.

Langkah 3: Sentiasa Mengemaskini Senarai semak
Senarai semak yang dimaksudkan ialah senarai perkara yang dirancang untuk dilakukan pada hari ini. Kemaskini sentiasa untuk memberitahu minda kita perkara yang paling penting dan tidak penting.

Kaedah ini akan menjimatkan tenaga tanpa kita bersusah payah untuk mengingati apa perkara yang sudah dilakukan, atau apa tugasan yang perlu diselesaikan. Ianya umpama Personal Assistance (Pembantu Peribadi) untuk memberitahu setiap perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang sudah diambil tindakan.

Langkah 4: Santai dan Senam
Ambil peluang untuk bersantai di Taman Bunga atau tempat yang mendamaikan minda. Berjalan atau jogging akan membantu menguatkan otot kita. Aktiviti mengeluarkan peluh ini akan menguatkan jantung kita. Apabila jantung sihat, semua anggota Insya-Allah akan sama-sama sihat sejahtera dan berfungsi dengan baik.

Kata orang badan sihat minda cergas.

Langkah 5: Menghargai Diri Sendiri
Upah atau beri ganjaran apabila kita selesai melakukan sesuatu tugas. Bentuk upah atau ganjaran bergantung kepada kemampuan, kreativiti dan keadaan semasa.

Contohnya, makan makanan kegemaran seperti ayam penyet. Tengok wayang cerita terkini.

Puji diri sendiri atau kejayaan sendiri. Berkongsi pengalaman manis dengan orang lain. Ini akan dapat menyalurkan aura positif kepada orang lain. Macam iklan pencuci lantai wangi yang dapat dinikmati oleh jiran-jiran sebelah rumah.

Langkah 6: Ingat Allah banyak-banyak dan berdoalah
Solat fardu, solat sunat dan doa banyak secara spesifik dalam BM.

Saturday, December 11, 2010

Division of Labour

Salam pagi Ahad.

Pagi ini sempat menelaah bahan bacaan bertajuk The Wealth of Nation di dalam sub tajuk division of labour. Buku ini adalah sebuah karya Adam Smith, seorang ahli ekonomi terkenal yang telah menghasilkan karya ini pada tahun 1776. Walaupun buku tulisan beliau telah berusia melebihi 200 tahun tetapi terdapat beberapa teori dan konsep ekonomi yang ditulis beliau masih lagi relevan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Antara konsep yang menarik hati saya ialah mengenai konsep division of labour atau pengkhususan dalam pekerjaan. Adam Smith telah membawa satu contoh mudah pengamalan konsep pengkhususan pekerjaan di dalam sebuah kilang membuat pin. Untuk membuat satu biji pin telah melibatkan beberapa orang. Proses bermula dari menarik wayar, memotong, menyambung dengan kepala pin dan sebagainya.

Dalam contoh yang lain pula, dalam konteks penghasilan sehelai baju, untuk menghasilan sehelai kain, benang telah ditenun, kemudian kain yang siap dipotong mengikut reka bentuk tertentu. Kemudian dijahit dan dicantum setiap bahagian. Baju yang telah siap diseterika, dibungkus dalam kilang dan dihantar ke setiap kedai-kedai baju. Kita sebagai pengguna hanya menggunakan duit atau wang mendapakan baju tersebut tanpa bersusah payah untuk menghasilkan kain dari benang dan terlibat dalam proses mereka bentuk dan menjahit pakaian sendiri.

Oleh demikian, pengkhususan kerja akan menyenangkan kehidupan harian kita dan dapat menjimatkan masa kita.

Wednesday, November 17, 2010

Menyuburkan Ekonomi Islam

Salam Hari Tasyrik yang bermula hari ini dan berakhir pada Asar Sabtu ini. Dengan adanya kelapangan kelak dapat beramai-ramai membaca takbir raya di rumah-rumah selepas menunaikan ibadah solat fardu dan ibadah yang lain.

Hari ini ingin pula untuk menulis tajuk menyuburkan ekonomi Islam. Berdasarkan pendapat penulis salah satu cara untuk menyuburkan perkembangan ekonomi Islam ialah dengan memahami konsep tolong menolong.

Konsep tolong menolong merupakan cabang utama yang perlu difahami, dihayati dan diamalkan. Konsep ini perlu diamalkan pada hari ini dan tidak semata-mata menjadi retorik dalam perbualan dan perbincangan kita. Maksud saya, tolong menolong tanpa bersyarat. Contohnya, sekiranya aku sudah kaya kelak, aku berazam untuk menolong orang miskin.

Tolong menolong boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tanpa perlu modal yang besar. Tidak semestinya melibatkan wang ratusan ringgit. Mungkin seringgit dua atau sepuluh ringgit adalah memadai, termasuk segala kemampuan kita.

Contoh situasi tolong menolong yang boleh diamalkan ialah membeli produk buatan orang kita atau lebih spesifik dihasilkan oleh masyarakat Islam. Dengan membeli produk mereka, ianya akan dapat menjana pendapatan kepada peniaga tersebut, pekerjanya mendapat gaji, pembekal dapat meng'clear' stok dapat dapat membeli stok baru. Keuntungan dapat digunakan untuk membayar zakat. Asnaf yang layak menerima zakat layak untuk menikmati bayaran zakat sekaligus meringankan beban kehidupan mereka.

Pendek kata, tolong menolong akan dapat mewujudkan kesejahteraan hidup semua masyarakat. Marilah kita mengambil kata-kata Saidina Ali r.a. 'Sekiranya kekayaan dikuasai oleh segolongan kaum maka saksikan kehancurannya'.

Kita tidak mahu golongan yang tidak berkemampuan terpaksa menjadi penjenayah semata-mata untuk mengisi perut mereka dan mereka yang dibawah tanggung jawabnya. Dengan kemakmuran ekonomi yang dinikmati oleh ramai orang maka masyarakat kita akan aman damai.

Selamat berfikir, dan mulakan amalan ini di kalangan ahli keluarga kita.

Monday, November 15, 2010

Hari Raya Qurban

Syukur alhamdulillah,

Esok kita di Malaysia akan merayakan Hari Raya Qurban.

Semalam, di Padang Arafah, umat Islam telah menjalankan ibadah wuquf yang merupakan salah satu rukun Haji.

Mari ramai-ramai ke surau dan masjid untuk menunaikan solat sunai Hari Raya Aidiladha dan mendengar khutbah hari raya.

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan pengajaran dari sambutan Hari Raya Qurban kali ini.

Sunday, November 14, 2010

Membaca Sirah Nabawiyyah

Berdasarkan buku yang dihasilkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat menyarankan agar kita meluangkan masa sedikit setiap hari untuk membaca dan memahami teladan dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Antara kelebihan membaca dan memahami sirah Rasulullah s.a.w. ialah membolehkan kita untuk memahami Al-Quran dengan lebih mendalam. Ini disebabkan Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan sebuah al-Quran yang bergerak.

Semua perbuatan, percakapan, gerak dan diam, cara berjalan, cara makan Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh teladan dan akhlak terbaik kepada semua Umat manusia seluruh alam.

Insya-Allah dengan meluang sedikit masa setiap hari akan menjadikan buku setebal lebih kurang 500 ms akan dapat dihabiskan dalam tempoh 2 minggu.