Friday, June 3, 2011

Cuti Sekolah

Pada cuti sekolah pertengahan penggal ini aku telah menghabiskan masa seminggu untuk melayan karenah anak-anak yang begitu ghairah untuk bermain di perpustakaan Negeri Sarawak. Di perpustakaan bukan sahaja ada kemudahan untuk membaca buku, sebaliknya ada sesi kraftangan bermula jam 3 petang sehingga 4 petang.

Anak-anak seronok walaupun pelajaran kraftangan ini adalah amat simpel bagiku. Namun pengalaman menuntut ilmu kreatif dari sifu Kak Ita sudah cukup untuk melekakan mereka untuk meneroka bidang yang tidak diajar di sekolah (aku pun tidak pasti sebenarnya sebab zaman sekolah dahulu tidak diajar subjek tersebut).

Selepas tamat sesi kraftangan, anak-anak kelaparan kerana suasana persekitaran perpustakaan amat dingin walaupun cuaca di luar amat panas terik. Lalu meladeni kami di kafe yang terletak di sudut sebelah kanan perpustakaan. Anak-anak mula memesan mee goreng, air koko panas dan kuih muih.

Sambil makan aku melihat anak-anak berkongsi keseronokan semasa di bilik kraftangan. Selepas makan kami menuju ke parking kereta untuk tugas seterusnya iaitu mengambil isteri pulang dari kerja.

Itulah harian ku selama seminggu ketika cuti sekolah pertengahan penggal.

2 comments:

  1. Seronoknya isteri sebab tak payah memandu semasa suami bercuti... :)...

    ReplyDelete
  2. Oh yea..tapi penat ooooooooooo

    ReplyDelete