Sunday, July 4, 2010

Pasukan Eropah Menunjukkan Taring

Persaingan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hampir ke penghujung dengan menyaksikan empat lagi baki perlawanan sebelum penentuan juara pada 11 Julai 2010 ini. Apa yang menarik persaingan menjadi semakin sengit di kalangan pasukan dari benua Eropah setelah berjaya menguburkan dominasi pasukan kuat dari Amerika Selatan.

Dua buah gergasi iaitu Brazil dan Argentina masing-masing telah berjaya ditundukkan oleh pasukan Holland dan Jerman pada hujung minggu lepas. Pada persaingan peringkat kumpulan seolah-olah menyaksikan pasukan dari Benua Eropah tenggelam akibat asakan dan aksi hebat dari pasukan negara Latin, Afrika dan juga Asia. Namun pasukan Uruguay merupakan satu lagi pasukan dari Amerika Latin yang masih meneruskan perjuangan pada peringkat separuh akhir bertemu Holland pada 6 Julai 2010 nanti.

2 comments:

  1. Spain salah satu pasukan favourite untuk menjuarai Piala Dunia, tetapi terpaksa berdepan dengan pasukan kuat iaitu German. Waktu final EURO CUP Spain berjaya mengalahkan German, so mssing-masing ada peluang untuk melayakan diri ke pusingan final. Tunggu...........

    ReplyDelete